23 July 2015

WASPADA PENYAKIT KRONIK

JUMLAH PENYAKIT MENINGKAT, MASYARAKAT PERLU SEDAR MEKANISME PENCEGAHAN...
  • Rata-rata diantara kita kurang sedar mengenai pelbagai penyakit kronik termasukalah darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, angin ahmar dan banyak lagi penyakit yang tidak berjangkit.
  • Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 60% kematian manusia seluruh dunia adalah berpunca daripada penyakit kronik dan 50% adalah berpunca daripada sakit jantung.
  • Pada masa ini, dianggarkan 18,000 - 20,000 pesakit menghadapi penyakit buang pinggang kritikal di seluruh negara memerlukan pendermaan borgen dan  terdapat seramai 30,000 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis dan mereka terpaksa menanggung pelbagai kesulitan termasuk kos yang mahal, masa yang panjang serta komplikasi sepanjang rawatan terbabit (DR. Aisia Abdul Rahman, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi HSNZ)
  • Bayangkan 30,000 pesakit ini terpaksa menghabiskan masa 3-4 jam untuk rawatan dengan kos RM4,000 sebulan
  • Lebih menyakitkan, mereka terpaksa berdepan dengan risiko seperti pendarahan, jangkitan kuman, tiada salur darah untuk didialisls dan ada yang meninggal dunia semasa rawatan.

KESEDARAN RENDAH TENTANG KESIHATAN.
  • Bilangan pesakit yang semakin meningkat memerlukan satu mekanisme pencegahan dan kesedaran bagi melahirkan generasi yang celik penyakit pada masa hadapan.
  • Sebagai seorang insan yang mementingkan kesihatan, saya sendiri terasa sedikit kesal dengan diri kita sendiri yang memandang rendah dengan kesihatan diri.


SAYA MENYERU RAKAN-RAKAN, 
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJAGA KESIHATAN KITA.


No comments:

Post a Comment