24 July 2015

KOMPENEN YANG PERLU DIPERIKSA

Assalamualaikum,,, 

Sejak-sejak berada bawah Department Automotive ni, banyak yang farra belajar. salah satunya tentang penyelenggaraan kenderaan sendiri secara berkala.
So. hari ni farra nak share dengan u all semua tentang pemeriksaan kenderaan.

10 Kompenen Yang Perlu Diperiksa Sebelum Memulakan Perjalanan 
Terutama bagi yang memulakan perjalanan yang jauh jika tak sempat service

1. Periksa Tayar
Tekana  tayar perlu seimbang ini penting bagi mengelakkan tayar pancit bagi angin kurang atau taya meletup jika tekanan angin terlalu tinggi. sebaiknya tekanan yang sesuai bagi kenderaan antara 32-34PSI (221-235kPa) dan tayar ganti 37PSI (250kPa) bergantung kepada kenderaan, jenis tayar dan muatan.
lagi satu, jangan lupa periksa kehausan bunga tayar. guna duit syiling 20sen. 



2. Periksa Brek
Pastikan brek berfungsi dengan baik. selenggara minyak brek dengan kerap bagi memaksimumkan keupayaannya. jangan lupa pastikan brek pad pada disk berada pada ketebalan yang cukup.

3. Periksa Radiator dan Sistem Penyejuk
Pastikan radiator dan air dalam tangki sokongan mencukupi. jika kurang, tambah air radiator sehingga paras yang ditentukan. ini penting bagi memastkan suhu enjin stabil dan mengelakan kerosakan pada enjin.

4. Periksa Minyak Enjin
Jangan lupa menukar minyak enjin antara 3-6 bulan penggunaan atau 5,000-10,000 km perjalanan mengikut spesifkasi kenderaan bagi memastikan enjin berfungsi dengan baik. 

5. Periksa Minyak Gear Box.
Ini sangat penting bagi melancarkan pengunaan gear sama ada penggunaan kereta automatik mahupun manual. tujuannya bagi mengelakan kehausan melampau pada gear.

6. Periksa Belting atau Timing Belt (tali sawat)
Pastikan Tali sawat enjin, kipas dan penghawa dingin berada pada tahap baik dan tidak haus. ini penting bagi menjamin kuasa enjin berada pada tahap baik. selalunya tali sawat ini akan ditukar jika ada kesan bunyi bising pada enjin atau perjalanan mencecah 50,000 km.

7. Periksa Bateri
Pastikan air bateri sentiasa berada pada tahap yang sepatutnya. jangan sesekali menambah air bateri dengan menggunakan air biasa, gunalah air bateri yang berakali.

8. Periksa Palam Pencucuh.
Ingat palam pencucuh ibarat jantung kenderaan. kalau palam pencuch tak baik alahai tak berfungsilah kereta tu....

9. Periksa semua Lampu Kenderaan.
pastikan semua lampu kenderaan (lampu brek, lampu kecemasa, lampu signal, lampu hadapan dan belakang) berfungsi terutama perjalanan pada waktu malam.

10. Periksa Cermin dan Pengilap (wiper) 
pastikan semua cermin kenderaan berada dalam keadaan baik dan tidak rosak atau retak. Pengilap cermin juga perlu ditukar jika tak berfungsi dengan baik, bagi mengelakan gangguan penglihatan semasa hujan. 

Sekiranya ada salah satu faktor ini tak berfungsi, sila hantar kenderaan anda ke pusat servis atau benkel untuk penyelenggaraan. 
dapatkan khidmat nasihat daripada makenik yang berpengalaman.

Kebiasaannya kita kurang pengetahuan dalam penyelenggaraan kenderaan, bukan sahaja golongan wanita, malah golongan lelaki juga tidak banyak pengetahuan dalam penjagaan kenderaan.

PENJAGAAN KENDERAAN BERKALA JUGA SANGATLAH PENTING BAGI MENJAMINKAN KESELAMATAN.

sumbur rujukan dan nasihat daripada PDNKK


1 comment:

  1. Hai.. cakk.. done follow awak no. 159, sudilah kiranya follow me back ye.. salam kenalan.. =)

    Jemput Join dan memeriahkan Giveaway Birthday Mum & Sister Tengkubutang yang sedang berlansung sekarang yea.. ada lagi "2 HARI" je untuk submit entri.. Pemilihan Pemenang adalah secara Random.. Hadiah berni;ai Lebih RM500 untuk dimenangi.. jom join.. mana tau ini rezeki Anda?? meh meh join.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

    ReplyDelete