Greenfarra♥: Antara Kebebasan Kewangan & Keberkatan Kewangan

23 July 2015

Antara Kebebasan Kewangan & Keberkatan Kewangan

Assalamualaikum semua,,,

Farra tertarik dengan blogger Kaizan Nazlan... banyak kongsi tips and ilmu kewangan dan kehidupan...

Salah satu tajuk yang menarik minat farra untuk kongsi di blog ni : Antara Kebebasan Kewangan & Keberkatan Kewangan

Kebebasan kewangan atau Keberkhatan Kewangan? pandangan anda yang mana yang patut dikejar dan diutamakan? 

kalau ikut pendangan farra,, dua-dua farra kejar,, tetapi paling utama adalah keberkatan..

yang warna biru adalah atikel beliau.. yang warna hitam adalah pendapat farra

Bismillah – Islam mengajar kita agar mencapai “keberkhatan kewangan”, ia merupakan rencah utama dalam mencapai kebahagian dan kejayaan di dunia ini. Mencapai kebebasan kewangan perlu disertakan dengan keberkhatan kewangan. Kita nak rezeki yang kita perolehi halal dan berkat, kemudiannya rezeki yang kita perolehi itu dikongsikan untuk menjadikan dunia satu tempat yang lebih baik. Lihat sahaja bagaimana baginda Nabi Muhammad s.a.w mengurus hartanya, berjuta-juta hartanya diinfaq pada mereka yang memerlukan dan diinfaqkan pada jalan Allah. Kemudian, lihat pula para sahabat, adakah mereka mengumpul harta untuk diri mereka sahaja? atau mereka mengumpul harta untuk membantu manusia?Kehebatan Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat terserlah dengan perjuangan mereka memberi manfaat pada orang lain, dan mermatabatkan Islam di dunia ini.

ini salah satu panduan yang farra guna untuk rujukan, kepada sesiapa yang mahukan kebebasan dalam kewangan tetapi ingin keberkatan,, betulkan niat kita dan jangan belakangi Allah.. YA Farra seorang 4time usahawan yang inginkan kebebasan dalam kewangan tetapi pentingkan keberkatan... Alhamdulilah disini farra faham konsep keberkatan dan kebebasan...

Usah kita terikut dengan Sistem kapitalis yang mengajar, agar kita mementingkan diri dengan hanya mengumpul wang untuk diri sendiri sahaja, maximizing the profit tanpa memikirkan halal dan haramnya, betul atau salahnya. Kebebas kewangan itu tidak salah, yang salahnya apabila kita mula mementingkan diri, menghalalkan yang haram, dan hati kita buta kerana wang. Masa untuk berubah!
Kejarlah keberkhatan kewangan dengan bersedekah pada orang susah, memelihara anak-anak yatim, infaq harta pada Ngo-Ngo Islam, mempromosikan produk-produk yang halal lagi baik dan macam-macam lagi.
Kejarlah keberkatan kewangan melebihi kebebasan kewangan. We are more that that.Kebebasan kewangan bagi saya ialah apabila kita tidak menjadi hamba kepada wang, tapi hamba kepada Allah.

Betul cakap beliau,,, kebebasan wang itu tak salah,,, yang salah adalah cara kita menguruskannya... Akhirnya farra rasa lega sikit, walaupon ramai yang beranggap MLM adalah salah satu jalan kebebasan wang belum tentu lagi berkat, tetapi bila kita faham konsep,, insyallah rezeki yang kita cari ada berkatnya jika dengan niat yang betul,

“Usah menjadi hamba wang, Mulalah menjadi hamba Allah”

jika ada tersalah kata atau terguris disini harap dimaaf ka
yang baik adalah datang dari Allah S.W.T dan yang salah itu adalah atas kesilapan saya sendiri. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Kawan-Kawan Google