Greenfarra♥: Agar Cantik Dimata, Indah Di Hati.

6 May 2015

Agar Cantik Dimata, Indah Di Hati.

Setiap manusia mempunyai jalan cerita hidup yang tersendir. Allah SWT mencipta kajadian alam dengan pelbagai dan natijah yang berbeza-beza. Begitu juga dengan hidup sebagai seorang wanita yang sentiasa diselubungi seribu satu persoalan dan kesangsian. sifat halus dan terliti seorang wanita mungkin menjadi faktor mengapa wanita terlalu berperangsangka dan berfikir hingga kadang-kala otak menjadi tepu dan tidak mampu lagi untuk memproses buah fikiran menjadi waras. Kita sebagai wanita harus bijak dalam mentafsir apa itu kemahuan dan apa itu keperluan.

Jurang perbezaan antara dua perkara ini terlalu sedikit dan lebih kritikal dalam memahami kehendak hati atau keperluan agar tidak terpedaya oleh tipu helah syaitan yang sentiasa ada dimana-mana.

".. Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambamu yang mukhlis diantara mereka'"
(Suruh Shaad : 82-83)

Harus diingat, tidak ada perkara pon yang kita lakukan terlepas daripada pandangan Allah SWT. mungkin pada kita perkara itu kecil dan remeh tetapi pada Allah, selagi kita memijak di buminya, selagi itulah kita harus tunduk dan akur atas segala yang diredainya. Sehingga soal makan pakai juga bukan perkara biasa yang boleh dipandang remeh. Dengan makanan akan lahirlah darah daging yang bakal kita bawa sepanjang hayat. 

Keghairahan kita mengejar arus kemodenan dan kegilaan untuk menampilkan sesuatu mengikut trend, kadang-kalanya menjadi medium terjerumusnya kita kelembah kehinaan yang tidak kelihatan. Fenomena terdedahnya aurat wanita semakin dipandang sebelah mata, malah ada yang beranggapan aurat adalah sesuatu yang subjektif dan hanya perlu tunggu seru untuk berubah. 

"... Wahai Nabi! Perintahkan isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta kaum wanita yang beriman supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara begini lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai wanita baik-baik) dengan itu mereka tidak akan diganggu,"
(suruh al-ahzab : 59)

No comments:

Post a Comment

Followers

Kawan-Kawan Google