Greenfarra♥: PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN BAGI 2015

29 December 2014

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN BAGI 2015

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulilah, kini ada beberapa negeri menunjukkan prestasi yang agak baik walaupon masih ada sesetengah negeri masih mencatatkan pemindahan penduduk yang tinggi.

Pagi-pagi lagi farra dah dapat berita dari Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai penangguhan persekolahan bagi sesi 2015.

Kenyataan Media
YAB Menteri Pendidikan Malaysia

Seperti semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negeri-negeri pantai timur semenanjung malaysia, sehingga kini 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada 7 buah negeri terlibat dalam banjir, sama ada dijadikan pusat pemimdahan sementara (PPS) atau Sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesulitan yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasukalah pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka pada Ahad, 4 Januari 2015/Isnin, 5 Januari 2015 (mengikut negeri)

Sehubungan itu, Sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan itu bersetuju untuk menangguhkan sesi persekolahan di seluruh negari bagi tahun 2015 selama seminggu. Tarikh baru untuk pendaftaran adalah Ahad, 11 Januari 2015/Isnin, 12 Januari 2015 (mengikut negeri)

Untuk berita lanjut boleh merujuk SINI

No comments:

Post a Comment

Followers

Kawan-Kawan Google