Greenfarra♥: Kita boleh memilih !!!!

11 November 2014

Kita boleh memilih !!!!

Kecerdikan seseorang dilihat cara mereka menanya soalan.


Kualiti pemikiran dilihat pada soalan yang ditanya. Mereka yang bijak akan menyoal setelah membaca teliti sesuatu informasi. 
Guna kebijaksanaan setiap hari akan membantu akal kita berfikiran lebih bijak, Insya-Allah.


Jika sebagai pekerja, 
"Kita kerja sedikit mungkin untuk mendapat sebanyak mungkin" 
hidup akan sentiasa susah sehingga kita menukar tabiat 
"Berbuat lebih dari apa yang dibayar"

Going The Extra mile adalah tabiat orang yang berjaya dunia dan akhirat. Mereka yang berkira dengan Allah dan makhluk Allah yang lain tidak akan disukai dan tidak akan tenang dan bahagia.

'Ini bukan kerjasaya....., Buat apa kerja lebih sangat, buat apa baik sangat" inilah bahasa mereka.
Alangkah ruginya mekeka ini kerana sentiasa sinuk melihat orang lain dan cuba mencari kesalahan orang untuk menutup kelemahan mereka.
Setiap kali kita menggunakan bahasa yang kurang elok, kesannya akan kembali semula kepada diri sendiri. 


Hari ini hendak fikir perkara yang baik, ada perasaan baik dan buat baik.
tanya diri, kita yang bertanggungjawab atas diri kita atau baarkan keadaan menentukan perangai kita.
Lihat keluarga kita dan syukur kita ada keluarga dan jangan marah-marah.

Lihat apa kaca mata yang kita pakai hari ini, Jika kacamata mencari kesilapan, maka itu kita nampak dan akan buat kepada semua kebaikan di depan mata kita. 


Mula cari kesilapan kita dan betulkan diri hingga tiada tenaga untuk melihat kesilapan orang lain. lihat kekurangan kita dan jangan sesekali bajet bagus dan rasa kita lebih, Sama ada kita ada sifat ini atau tak, banyakkan istifar.

Lihat apa yang kita lihat setiap hari. Jika keburukan, itulah diri kita hari ini dan esok hari dan selamanya dan di akhirat nanti. 
Marilah bersedia untuk pulang ke kampung akhirat destinasi akhir kita. siapkan bekalan yang cukup. Guna modal umur hati ini untuk mencari redha Allah.

No comments:

Post a Comment

Followers

Kawan-Kawan Google