30 October 2014

HARI NI BUAT APA?

Assalamualaikum semua,

Hari ini buatlah keputusan untuk melihat kebaikan semua orang, sayang semua orang dan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Berhenti daripada melihat berita, drama atau surat khabar yang berungsur negatif.
Jadikan kasih sayang fokus kehidupan kita.
Lihat bagaimana kehidupan kita akan berubah dari segi kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan.

Kalau kita suka fokus kepada marah, itu yang kita akan dapat.
Dunia dalam kita menentukan dunia luar kita.
Kita hanya dapat apa kita pernah nuat dan mungkin apa ibu bapa kita pernah buat pada orang lain.
Jadi kita semua, berhati-hatilah apa kita buat kepada orang lain.
Pembalasan sentiasa akan datang.

Petikan : Prof. Dr. Muhaya haji Mohamad ~Buku : Refleksi Diri

2 comments:

  1. Betul, Farra. Sekali-sekala kita kena take a moment to count our blessings! Syukuri rezeki2 kita, insan-insan baik keliling kita :)

    ReplyDelete
  2. mestilah,,, sekali sekala rendah diri apa salahnya,, tak kurang pon,, :)

    ReplyDelete