2 July 2014

PIXY Si Buah Hati.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni farra tergerak hati nk kongsi si buah hati farra. mana-mana ja farra pergi farra akan bawak dia. nak tau sapa?

ramai yang tanya farra, macam mana farra jaga muka farra, takda jerawat, lincin walaupon warna agak hitam-hitam manis, Nak tau jawapan dia?

senang ja, dulu farra guna bedak sejuk ja, tapi sekarang farra guna produk keluaran PIXY. farra dah guna UV Whitening Two Way Cake (Perfect Fit), Radiant Finish Lightening Cream (Spotcare Beauty), Single Step Liquid Foam for Makeup dan Gentle & Moist Cleansing Lotion, cuma sekarang farra nak cuba Eye & Lip Makeup Remover pulak.

Sebab apa farra suka pixy?
sebab dia boleh menyerlahkan kejelitaan wanita asia secara semulajadi dengan kulit yang sihat, bersis, lincin dan cerah. ia juga menggunakan pakar dari jepun bagi menghasilkan formula yang sesuai untuk kulit wanita asia. BEST kan?.

Meh farra nak kongsi tips sikit :

kalau nak guna mekap asas dari pixy, mula-mula gunakan radiant finish lightening cream untuk pra asas, kemudian gunalah bedak pixy, nak bedak tahan lama pastikan span basah digunakan semasa sapuan bedak. nak lagi menyerlah letaklah sikit pembayang mata, pemerah pipi, lipstik dan maskara. simple dan mudah kan? tak perlu masa yang lama pon hanya 15minit ja. 

TAPI kita kena ingat!
kita kena cuci muka kita sebersihnya selepas mekap, supaya kulit kita boleh bernafas dengan smpurna, jadi gunalah Single Step Liquid Foam for Makeup semasa mencuci muka atau Gentle & Moist Cleansing Lotion untuk membersih muka tampa bilas. Mudah ja kan boleh diguna bila-bila masa ja lepas kerja, sebelum solat, di gim or sebelum nak tidur.

JADI SERLAHKAN KECANTIKAN SEJATI ASIA ANDA DENGAN PIXY. 

klik sini untuk maklumat lanjut berkaitan Siri pembersih dan Mekap pixy.

No comments:

Post a Comment