Greenfarra♥: July 2014

25 July 2014

Kenapa Dengan Offices Aku Ni ?

hari ni detaik 27 Ramadhan atau 25 Julai 2014, 
lagi berapa hari ja lagi dah nak raya, semua orang mesti sebok-sebokan diri, buat kuih raya, baju raya, rumah raya, dijalan raya.. 

RAYA_RAYA_RAYA Selamat Hari Raya..

TAPI farra di opis lagi,, jejak ja kaki di pintu opis hakkkkkkkkkkkk!!!
biar betoi opis ka ni,, SUNYI gila,, KOSONG KOSONG, TAKada orang........ 
waaaaa sedihnya 

detik ja 8.30 baru ada sorang-sorang datang, yang tak puas hati nya, semua diam, mengadap PC, FB... 
adoiiiii lagi la rasa nak balik ja ni,,,,

TIBA-TIBA dapat satu berita dari management, hari ni half day..
yahooooooo yahoooooooo yahooooooo
terus semua melompat-lompat, tak sia-sia tak ambik cuti hari ni..

tak sabarnya nak tunggu 12.45.. 

KAMPUNGKU,, Tunggu Cek Nak Balik Ni... 

OOOOOO Balik Kampung, 
OOOOOO Balik Kampung 
OOOOOO Balik Kampung 
HATI GIRANG

23 July 2014

Iklan Raya daripada RTM 2014 - "ANUGERAH"



SEDIHNYA,, kita selalu rendahkan org lain, sedangkan kita lupa, didunia ini tiada pon yang sempurna melainkan kita saling menyempurnakan satu sama lain. :)

Iklan Raya Aidilfitri TM - 2013



Yg ni 2013, abang yang kena marah, tahun ni 2014, adik pulak,, 2015 ?.. 

Iklan Raya Aidilfitri TM 2014: ADIK


Ni Iklan Raya yang Paling Best,, Mintaq maaf Ayah

Iklan RAYA - Menitis Air Mataku


Jangan sesekali kita berkira,, sedangkan dulu apa yang kita nak tentu kita dapan,,

22 July 2014

HARI RAYA DATANG LAGI,

Assalamualaikum semua,, 

Rasa terlalu awai nak ucap, tapi takpa kot, dah alang-alang free ni ka,, takut lepas ni bz tak sempat nak ucap..

ooo ya sebelumtu, farra saja-saja nak kongsi kisah raya dengan korang,, yela sebelum ni kalau buat kad raya berjemaah, tapi tahun ni takda sapa nak join, jadi sorang-sorang je lah...

ni students farra kelas Tourism 2011

Yang ini pula, students Manufacturing + Tourism tahun 2011

untuk tahun 2012 tak sempat nak buat kad raya sebab kesihatan tak mengizinkan

ini students Manufacturing tahun 2013

ini pon sama, depa ni nakal sikit, tapi best, tinggal kenangan ja la.. masing-masing bz tak sempat nak berbuka sama-sama. :(

TAHUN NI?

tahun ni lagi sedih,, takda students jadi buat kad raya single je la,..


APA PON, sama ada kita ramai-ramai ka sorang-sorang ka,, kita tetap kena bersyukur, kerana diberi kesempatan berpuasa di bulan yang paling indah, paling berkat dan paling banyak pahala kita boleh kutip..

JADI

Selamat Hari Raya, Maaf Zakir Batin farra ucapkan dari hati yang iklas

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam Gelap Menangkap Ikan,
Saya Menyusun Sepuluh Jari,
Salah dan silap harap maafkan,

*jemput datang rumah, jangan malu-malu, jangan segan-segan. 


18 July 2014

PERCUMA! PERCUMA! PERCUMA! KERJAYA ANDA BERMULA DI SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..

hari ni farra nk tawarkan peluang kepada pelajar lepasan SPM dan lepasan Diploma/Ijazah,, 
sapa-sapa yang masih takda kerja tu, JOM lah JOIN kami di KISMEC...

JANGAN RISAU kami menyediakan asrama bagi yang dok jauh, dan kami juga bagi ELAUN
YURAN PENGAJIAN pulak PERCUMA.

CEPAT-CEPAT sebelum terlambat.. 

KEMASUKAN OGOS 2014


15 July 2014

KINI DIBUKA SEKARANG, PELUANG KEPADA PARA GRADUAN DAN LEPASAN SPM, DAFTAR SEGERA, YURAN PENGAJIAN PERCUMA


Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum,,, 
hari ni dah masuk 17 Ramadhan,, kalau dekat blog skarang ramai yang gila segmen,, termasuk la farra,, 
bukan apa serononk boleh promot rakan-rakan punya blog, dlm masa yang sama kalau ada rezeki boleh la hadiah-hadiah yang diaorg tawarkn..

So hari ni farra nak promot sumting,,, NAK TAU APA?.. klik banner tu.. 


segmen hari dari cik Lyssa. Farra cuba ja mna tau ada rezeki. Alahdulillah jika farra diberi rezeki dari Nile.Com.My ni, farra dah ada plan, 
selalu kalau farra pergi bazar, tengok golongan bawahan ni kesian sangat,, nak bantu setakat seringgit blh la, tetapi kalau dekat bazar dah ada sampai dua tiga orang mcm mna pulak?. so sebahagian dari rezeki ni farra nak bersedekah kepada mereka yang memerlukan, mungkin dengan membeli juadah dan berikan kepada mereka atau beli kuih raya ka. sekurang-kurang mereka akan rasa gembira nak beraya macam kita.

dan yang sebahagian lagi tu farra nak bagi duit raya dekat budak-budak and nk bersedekah dekat surau. bestnya rasa bila boleh buat baik ni, INsyaallah jika itu adalah rezeki, kalau takda rezeki pon, farra tetap doakan Nile.Com.My berjaya dlm business dia , insyallah

OOOO ya,, bagi yang berminat nk join mcm saya, join jelah dkt sini !! 

14 July 2014

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

Assalamualaikum semua, Jom farra nak kongsi Segmen untuk semua teman2. 

segmen ni mudah ja,, nak tau mcm mna?. klik ja banner di bawah tu ya.. 

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum,, JOM bersegmen..

Hari ni farra nak kongsi satu sagmen dari zamani84. nak tau apa sagmen dia,, klik banner di bawah.

Segment : Sally nak bagi kad raya!

Walaupun dah masuk era komunikasi pantas, tapi Sally tetap rasa yang kad raya tu sangat la best! Hahahaha...so, sempena Hari Lebaran yang akan tiba ni...Sally nak bagi kad raya kepada 20 orang yang bertuah! Kalau rasa nak kad raya, jangan lupa join ye!

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/07/segment-sally-nak-bagi-kad-raya.html

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follw Instagram Sally (Kalau ada) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Segment : Sally nak bagi kad raya!
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...

    Credit to : Mialiana.com

    Segmen ini akan berlangsung dari 11/7/2014 sehingga 16/7/2014 (10pm)

BIG BIG JUNE BIRTHDAY GIVEAWAY BY RARA FARHANA

Assalamualaikum semua !, hari ni Farra nak kongsi seorang blogger iaitu Rara Farhana. sis rara menjemput anda semua untuk join Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana! Pelbagai hadiah yang menarik, awesome and lagi best menanti anda! Jom kita ramai-ramai join bagi memeriahkan lagi giveaway ini. Tekan banner di bawah untuk joinnnn :D

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 JULY 2014








To sis Rara Farhana, Your Birthday Wish :

(Selamat hari jadi, selamat hari lahir, Sanah Helwah, happy birthday, happy bornday, Zhù nǐ shēngrì kuàilè, Otanjyobi omedeto gozaimasu, saeng-il chugha haeyo, Janmadina mubāraka hō, ) ^_^

TETAPI rasa tak best setakan ucap ja, so farra doakan sis, 

Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. 
I send to you, May ur day be filled with laughter, On this ur special day & may the finest things 
May your birthday and every day be filled with the warmth of sunshine, the happiness of smiles, the sounds of laughter, the feeling of love and the sharing of good cheer
.You will soon start a new phase of life! But that can wait until you are older. Enjoy another year of being young. Happy Birthday
.All the best on your special day
Wishing you the best on your special day
May your birthday be filled with smiles and laughter
I hope all your birthday wishes come true



Big Big June Birthday Giveaway By Rara Farhana ini ditaja khas oleh Anisyamir Leejo, ANa Ahmad, Fatin Umira, Ismah, Keyranazleen, Sya Nissa dan Syaz. Terima kasih kepada semua penaja. Semoga dimurahkan rezeki anda semua :)

ITIMEWANYA RAMADHAN

ANTARA keistimewaaan bulan Ramadan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya, yang tidak ada pada bulan-bulan lain ialah solat tarawih.

Ibadat itu, walaupun hukumnya sunat, namun ia merupakan peluang keemasan bagi umat Islam menambah dan menggandakan lagi amalan kebaikan mereka dalam bulan yang mulia ini.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah s.a.w. menggalakkan (umatnya) sembahyang pada bulan Ramadan dengan suruhan yang tidak keras (tegas). Sabda baginda s.a.w (maksudnya): Barang siapa mengerjakan sembahyang (tarawih) malam Ramadan dengan kepercayaan yang teguh dan (ikhlas) kerana Alah semata-mata, maka akan dihapuskan dosanya yang telah lalu.

Sembahyang yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah solat terawih berdasarkan fakta solat lima waktu termasuk dalam suruhan agama yang keras dan wajib dilaksanakan.

Hadis di atas turut mengandungi arahan Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya memperbanyakkan solat sunat pada bulan Ramadan, lebih banyak daripada bulan-bulan lain.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a menceritakan peristiwa Rasulullah s.a.w menunaikan solat tarawih pada permulaan bulan Ramadan.

Bagaimanapun, Nabi s.a.w tidak muncul pada malam ketiga dan keempat walaupun ramai orang yang menunggu kedatangan baginda s.a.w.

Ketika Rasulullah s.a.w datang ke masjid pada waktu pagi, baginda s.a.w bersabda (maksudnya): Aku tahu apa yang kamu buat malam tadi tetapi aku tidak datang ke masjid kerana aku amat takut kalau-kalau sembahyang (tarawih) ini diwajibkan ke atas kamu.

Hadis ini menceritakan tentang Nabi Muhammad s.a.w yang hanya datang solat tarawih secara berjemaah pada malam kedua dan ketiga kerana bimbang solat itu akan diwajibkan ke atas umatnya dan ini sudah tentu akan membebankan mereka.

Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar As-Siddiq, umat Islam pada masa itu tidak lagi menunaikan solat terawih secara berjemaah dalam satu masjid.

Malah, solat tarawih pada waktu itu dilakukan sama ada secara bersendirian atau dalam bentuk kumpulan-kumpulan kecil.

Usaha untuk menyatukan umat Islam dalam satu jemaah ketika menunaikan solat tarawih dilakukan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab.

Perkara ini diceritakan oleh seorang tabi'in yang lahir ketika Rasulullah s.a.w masih hidup dan juga murid kepada Saidina Umar iaitu Abdul Rahman bin Abdul Qarai.

Abdul Rahman berkata: Pada suatu malam pada bulan Ramadan, saya bersama Saidina Umar Al-Khattab telah pergi ke masjid (Madinah). Kami dapati dalam masjid itu orang ramai menunaikan sembahyang tarawih masing-masing secara berasingan. Ada yang sembahayang bersendirian dan ada juga yang berjemaah.

Saidina Umar berkata; Aku berpendapat, (kita) perlu mempersatukan orang-orang ini. Kalau disatukan dengan seorang imam sesungguhnya itu lebih baik, dan lebih mirip dengan solat Rasulullah (s.a.w).

Lalu, mereka itu disatukan dalam satu jemaah yang diimamkan oleh Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada suatu malam (yang lain) kami datang lagi ke masjid, dan kami lihat orang ramai bersembahyang di belakang seorang imam. Lantas, Saidina Umar ra. berkata; Ini adalah bid'ah yang baik.

Sementara itu, salah satu isu berhubung solat tarawih yang dirasakan tidak perlu diperdebatkan secara meluas ialah pertikaian sesetengah umat Islam tentang bilangan rakaat solat berkenaan sama ada lapan atau 20 rakaat.

Namun, adanya segelintir pihak yang bertindak membid'ahkan antara satu sama lain, perlu rasanya dibentangkan beberapa pendapat ulama berhubung persoalan ini secara ringkas.

Imam Malik dalam kitabnya `al-Muwatta' menukilkan: Dari Malik dari Yazid bin Ruman, dia berkata: Sesungguhnya manusia mendirikan sembahyang (tarawih) pada zaman Umar bin Khattab sebanyak 23 rakaat (20 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat witir).

Sependapat dengan Saidina Umar r.a yang mengatakan 20 ialah bilangan rakaat bagi solat tarawih adalah sebilangan besar ulama dari mazhab Shafie. Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu' Syarah al-Mahzab menukilkan: Dalam mazhab kita tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam selain witir.

Imam Sarbini al-Khattab dalam kitab `Mughni al-Mutaj' pula menyatakan: Dan tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam tiap-tiap bulan Ramadan. Demikian (dinyatakan) oleh hadis Baihaqi dengan sanad yang sahih bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w mendirikan solat terawih pada masa Umar al-Khattab dalam bulan Ramadan sebanyak 20 rakaat dan Imam Malik meriwayatkan dalam kitab Al-Muwatta sebanyak 23 rakaat tetapi Imam Baihaqi mengatakan bahawa tiga rakaat yang akhir ialah solat witir.

Antara ulama mazhab Syafie lain yang berpendapat bahawa bilangan rakaat bagi solat tarawih ialah 20 rakaat adalah seperti Imam Ramli (Nihayatul Muhtaj), Imam Jalaluddin al-Mahli (Al-Mahli Muhtaj) dan Imam Sayid Bakri Syatta (Ia'natut Talibin).

Sementara itu, terdapat juga segolongan umat Islam lain yang berpendapat bahawa bilangan solat terawih adalah lapan dan bukannya 20 rakaat.

Mereka yang berpendapat demikian mengemukakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Aisyah r.a sebagai dalil.

Sebahagian petikan hadis tersebut berbunyi (maksudnya): Tidak pernah Nabi s.a.w menambah pada bulan Ramadan dan bulan lainnya lebih dari 11 rakaat (juzu' ketiga, sahih Bukhari).

Hadis ini dijadikan dalil oleh golongan yang mengatakan rakaat solat tarawih yang ditunaikan oleh baginda hanya lapan dan diiringi dengan 3 rakaat solat witir.

Hakikatnya, walau apa pun pertikaian umat Islam sama ada berhubung bilangan rakaat solat tarawih atau sebagainya, Ramadan adalah satu bulan mulia yang perlu digunakan sepenuhnya untuk mencari rahmat dan keampunan daripada Allah s.a.w.

9 July 2014

GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE

Assalamualaikum kawan-kawan..

masa melawat blog Eiqa Almomd tiba tertarik dengan post ni, 


So apa lagi tunggu-tunggu? Jom lah join, mana tau itu rezeki anda. 
Tak susah pon mudah ja.,, 


To member cik GK and Semanis Anggur tumpang tag ya,,, 

Kelebihan Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum semua rakan-rakan ku.

Pejam celik, pejam celik dah masuk 11 ramadhan, tak sedak pon, cepat sungguh masa berlalu. dalam letih-letih buat kerja, terdetik nak cari kelebihan ramadhan untuk santapan ilmu hari ni,,
bila baca tergerak pulak lagi satu hati ni nak berkongsi, apa salahnya berkongsi ilmu yang baik kan, bahan bacaan ini farra dapatkan daripada web Jabatan Kemajuan Islam malaysia,

Jom baca apa yang Farra kongsikan ni...

Riwayat : 
Riwayat Bukhari & Muslim

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.
Pengajaran Hadis:

i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

4 July 2014

Solat Istikharah

Assalamualaikum ,

Tiba-tiba dihati ni terdetik pulak nak cari calon,, mungkin sebab usia dah meningkat, mungkin juga seronok tengok kawan-kawan bahagia, mungkin dah bersedia atau mungkin rasa sunyi. jadi bila fikir-fikirkan balik kenapa tak buat solat istikharah ja mintak pertunjuk dan jalan siapa calon kita atau adakan ini masanya. so, jom kita tengok macam mana nak solat istikharah. sekurang-kurangnya dapat jugak kongsi ilmu.

Kita disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu dalam membuat suatu pilihan atau keputusan dalam urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. 

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah
Lafaz niatnya:


Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

Antara surah yang dianjurkan ulama ialah :

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

Membaca doa solat sunat Istikharah:


Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

2 July 2014

Mekap Asas PIXY

Radiant Finish Lightening Cream – Spotcare Beauty
Formula Tabir Aktif ini berfungsi sebagai krim mekap pra-asas untuk sempurna menyatukan bedak dan mekap. Anda juga boleh menggunakan ia sebagai krim pencerah untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah tanpa jeragat dan noda.

Ekstrak Botanpi, Bedak Pencerahan Semulajadi, dan SPF 15 :
  • Mengurangkan jeragat dan noda.
  • Mencerahkan kulit.
  • Meratakan tona kulit.
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Mengekalkan keanjalan kulit.
Radiant Finish Lightening Cream – Complete Barrier

Formula Tabir Aktif ini berfungsi sebagai krim mekap pra-asas untuk sempurna menyatukan bedak dan mekap. Anda juga boleh menggunakan ia sebagai pelembap dan krim pencerah untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah dan dilindungi daripada sinaran matahari.

Ekstrak Shakuyaku, Bedak Pemutihan Semula Jadi, Dwi Pelindung:
  • Melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB (SPF 20 dan PA++).
  • Melindungi sel-sel kulit daripada kerosakkan yang disebabkan oleh sinaran matahari.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Mencerahkan tona kulit.
UV Whitening Two Way Cake – Perfect Fit

Formula lengkapan sempurna ini menutup ketidaksempurnaan kulit sepenuhnya untuk kemasan yang tahan lama. Ia juga kaya dengan Minyak Squalene untuk menghindarkan kekeringan kulit.

Formula Pencerahan Dua Cara:
  • Menggabungkan Bedak Pemutihan Semula Jadi, Derivatif Vitamin C dan tabir suria.
  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari (SPF 15) dan menjadikan kulit lebih cerah.
  • Diuji secara klinikal.
Juga terdapat dalam pek isi semuala. 

White
Cream
Natural
White
Yellow
Beige
Natural
Beige
Tropical
Beige

Ultimate Makeup Cake


Bedak Resapan Cahaya ini melitupi ketidaksempurnaan kulit dan menjadikan kulit lebih licin dengan semula jadi. Dengan formula Serap Minyak yang membolehkan anda memakai mekap selama 8 jam.
  • SPF 20 membantu melindungi kulit daripada UVB yang menggelapkan kulit.
  • PA++ melindungi kulit daripada UVA yang menjadikan kulit berbintik hitam dan penuaan kulit.
  • Bedak Pemutihan Semula Jadi membantu mencerahkan kulit.
  • Minyak Jojoba mengekalkan kelembapan kulit
Juga terdapat dalam pek isi semuala. 

White
Porcelain
Light
Yellow
Peach
Beige
Natural
Buff

Di Mana Saya Boleh Dapatkan PIXY?
Produk PIXY boleh didapati di kedai-kedai terpilih di seluruh negara termasuk: Mydin, Watsons, Guardian, AEON, Econsave.

Siri Pembersih Muka PIXY

Radiant Finish Lightening Cream – Spotcare Beauty
Formula Tabir Aktif ini berfungsi sebagai krim mekap pra-asas untuk sempurna menyatukan bedak dan mekap. Anda juga boleh menggunakan ia sebagai krim pencerah untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih cerah tanpa jeragat dan noda.

Ekstrak Botanpi, Bedak Pencerahan Semulajadi, dan SPF 15 :
  • Mengurangkan jeragat dan noda.
  • Mencerahkan kulit.
  • Meratakan tona kulit.
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Mengekalkan keanjalan kulit.
Single Step Liquid Foam for Makeup

Formula berbuih segar yang menggabungkan keberkesanan penanggal mekap dan pembersih muka dalam satu langkah yang mudah dibilas.
  • Madu Asli untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan ia lembut.
  • Formula bebas alkohol membersihkan kulit daripada mekap tanpa meninggalkan kesan kering daripada alkohol kosmetik.
  • Formula bebas minyak yang menyegarkan kulit tanpa rasa berminyak selepas membersihkan muka.
  • Diuji secara klinikal yang ianya selamat dan lembut untuk semua jenis kulit.
  • Terbukti secara klinikal yang ianya tidak mengeringkan kulit selepas cucian berulang kali.
Juga terdapat dalam saiz kembara 50ml

Gentle & Moist Cleansing Lotion

Formula yang berasaskan 100% air ini menggabungkan keberkesanan pembersihan penanggal mekap dan penyegar muka dalam satu langkah tanpa perlu membilas.
  • Madu Asli mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan ia lembut.
  • Formula bebas alkohol membersihkan kulit daripada mekap tanpa meninggalkan kesan kering daripada alkohol kosmetik.
  • Formula bebas minyak serta-merta menyegarkan kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak.
  • Diuji secara klinikal yang ianya selamat dan lembut untuk semua jenis kulit.
  • Terbukti secara klinikal yang ianya tidak mengeringkan kulit walaupun dengan pembersihan berulang kali.
Juga terdapat dalam saiz kembara 50ml 

Eye & Lip Makeup Remover

Formula dwi-lapis yang berkesan menanggalkan mekap kalis air seperti penggaris mata dan maskara.
  • Madu Asli mengekalkan kelembapan semula jadi kulit dan menjadikan ia lembut.
  • Formula bebas alkohol membersihkan kulit daripada mekap tanpa meninggalkan kesan kering daripada alkohol kosmetik.
  • Formula tidak berminyak menanggalkan mekap dengan efektif tanpa meninggalkan sisa-sisa hitam atau rasa berminyak pada kulit.
  • Diuji secara klinikal yang ianya selamat untuk semua jenis kulit dan lembut digunakan pada kawasan sensitif bahagian mata.
  • Terbukti secara klinikal yang ianya tidak mengeringkan kulit walaupun dengan pembersihan berulang kali
Saiz kembara 60ml yang mudah dibawa dalam beg, sesuai digunakan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Di Mana Saya Boleh Dapatkan PIXY?
Produk PIXY boleh didapati di kedai-kedai terpilih di seluruh negara termasuk: Mydin, Watsons, Guardian, AEON, Econsave.

PIXY Si Buah Hati.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni farra tergerak hati nk kongsi si buah hati farra. mana-mana ja farra pergi farra akan bawak dia. nak tau sapa?

ramai yang tanya farra, macam mana farra jaga muka farra, takda jerawat, lincin walaupon warna agak hitam-hitam manis, Nak tau jawapan dia?

senang ja, dulu farra guna bedak sejuk ja, tapi sekarang farra guna produk keluaran PIXY. farra dah guna UV Whitening Two Way Cake (Perfect Fit), Radiant Finish Lightening Cream (Spotcare Beauty), Single Step Liquid Foam for Makeup dan Gentle & Moist Cleansing Lotion, cuma sekarang farra nak cuba Eye & Lip Makeup Remover pulak.

Sebab apa farra suka pixy?
sebab dia boleh menyerlahkan kejelitaan wanita asia secara semulajadi dengan kulit yang sihat, bersis, lincin dan cerah. ia juga menggunakan pakar dari jepun bagi menghasilkan formula yang sesuai untuk kulit wanita asia. BEST kan?.

Meh farra nak kongsi tips sikit :

kalau nak guna mekap asas dari pixy, mula-mula gunakan radiant finish lightening cream untuk pra asas, kemudian gunalah bedak pixy, nak bedak tahan lama pastikan span basah digunakan semasa sapuan bedak. nak lagi menyerlah letaklah sikit pembayang mata, pemerah pipi, lipstik dan maskara. simple dan mudah kan? tak perlu masa yang lama pon hanya 15minit ja. 

TAPI kita kena ingat!
kita kena cuci muka kita sebersihnya selepas mekap, supaya kulit kita boleh bernafas dengan smpurna, jadi gunalah Single Step Liquid Foam for Makeup semasa mencuci muka atau Gentle & Moist Cleansing Lotion untuk membersih muka tampa bilas. Mudah ja kan boleh diguna bila-bila masa ja lepas kerja, sebelum solat, di gim or sebelum nak tidur.

JADI SERLAHKAN KECANTIKAN SEJATI ASIA ANDA DENGAN PIXY. 

klik sini untuk maklumat lanjut berkaitan Siri pembersih dan Mekap pixy.

Followers

Kawan-Kawan Google