Greenfarra♥: UBAH SUAI KERETA PERLU IKUT SPESIFIKASI

9 June 2014

UBAH SUAI KERETA PERLU IKUT SPESIFIKASI

Salam semua pembaca....... 

Hari ni fara tertarik dengan satu tajuk akhbar berkaitan pengubah suaian kereta.
Menurut Berita Harian 9 Jun 2014, Isnin.
 Pengubah suaian kereta perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan bagi mengelak kecerderaan dan kemalangan, pendek kata jangan nk cantik ja tp keselamatan terabai.

 Ada beberapa panduan yang kita boleh guna untuk mengubah suai kereta kita..
  • Visor pintu tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi. 
  • Sebarang tambahan bamper besar atau protecting guards dipasang, di bahagian hadapan atau belakang tidak melebihi 50 peratus dari roda kenderaan. 
  • Protecting guards tidak boleh menutup lampu kenderaan, tidak dibenarkan bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm lebar dan keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta asal.
  • Spoiler, aerofoil atau side skirt yang dipasang tidak boleh melebihi 150 mm ukuran dari bahagian luar taya belakang. 

INGAT TU, Boleh nak ubah kenderaan, sapa kata tak boleh, TETAPI ikutlah spesifikasi yang dah ditetapkan oleh JPJ, baru keselamatan terjamin. kalau tak banyak kesannya kalau tak ikut spesifikasi yang ditetapkan 

sekurang-kurangnya kita dapat pencegah kemalangan jalan raya, 




No comments:

Post a Comment

Followers

Kawan-Kawan Google