Greenfarra♥: Cuti-Cuti : HUTAN LIPUR KUALA WOH

26 September 2013

Cuti-Cuti : HUTAN LIPUR KUALA WOH

Hutan Lipur Kuala Woh di jalan lama Tapah ke Cameron Higlands merupakan salah satu Hutan Lipur yang mempunyai keistimewaan yang tersindiri.



Selain jeram berbatu dan bertingkat dengan air terjun yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa ke Sungai batang Padang, hutan lipur itu juga mempunyai kolam air panas di tepi jeram bertingkat dengan kepulan asap naik ke udara sekali gus menjadikan tempat itu unik..


Hutan lipur ini juga mempunyai kemudahan chalet kepada pengunjung yang inginkan keselesaan selain kemudahan tapak perkemahan disediakan bagi mereka yang cintakan keindahan alam semula jadi. disamping itu kemudahan tapak parkir yang luasuntuk pengunjung memudahkan mereka meletakan kenderaan.



Bagi pengunjung yang sukakan cabaran, mereka boleh berjalan di atas titi gantung menyeberangi sungai batang padang untuk menuju ke dewan penerangan(mini muzium) Kuala Woh. 



selain itu, Hutan Lipur kuala Woh ini  menyediakan pelbagai kemudahan seperti, gerai makanan dan jualan, tandan dan surau yang lengkap kepada pengunjung dan menjadi destinasi pelancungan kita yang selesa. 



Jom Kita ke Kuala Woh...

2 comments:

Followers

Kawan-Kawan Google