9 July 2013

Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan..

Bila sebut bab puasa, fara teruja sangat. Tak sabar nak berpuasa... kerana !

Bulan Ramadhan adalah bulan yang bermakna bagi umat islam, kenapa bermakna?. Kerana bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kepada Allah s.w.t , dan banyak ganjaran yang kita dapat..

Nak tahu apa ganjaran yang diberi?.

1. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. 
“apabila tibanya Ramadhan, dibukanya pintu-pintu syurga, ditutupnya pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


2. Jauh dari api neraka
“barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh Perjalanan 70 tahun”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


3. Masuk dalam syurga.
“di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-rayyan: pada hari kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tiada seorang pon selain mereka masukkinya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


4. Pahala berlipat ganda.
“segala amal kebajikan anak adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman bahawa, kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untukku dan aku memberi balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minum kerana aku. (Hadith riwayat Muslim)


5. Diampuni segala dosanya yang lalu
“siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nrscaya akan diampuni segala dosa-dosanya yang lalu”. (Hadith riwayat An-Nasai’e)


6. Perisai dari siksaan.
“puasa itu perisai yang dipegunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka”. (Hadith riwayat Imam Ahmad)


7. Doa sangat mustajab.
“tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir”. (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)


8. Perolehi 2 kegembiraan
“….. dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu: apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


No comments:

Post a Comment