19 June 2011

Petua Kulit Yang Cantik

Sebut bab petua mesti kita ingat nenek moyang kita yang banyak pantang larang, adat dan petua.

Hari ni fara nak kongsi beberapa petua untuk memiliki kulit yang cantik .
Dulu nenek selalu pesan dekat fara, kalau nak kulit cantik macam dia amalkanla meminum air campuran pucuk pegaga dengan lobak merah yang telah dikisar. bukan saja kulit cantik, mata pon terang.

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air, kemudian biarkan sejuk. Lalu sapukan pada wajah/muka. Biarkan kering kemudian basuh dengan air bersih.

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi, kacau sehingg menjadi larutan pekat. Kemudian sapukan pada muka. Biarkan ia kering dan bilas.

Senang ja kan, selamat mencuba. Cantikan lah wajah anda secara semula jadi.

1 comment: