Greenfarra♥: Alamak ! Bulan 6 Dah Nak HABIS

26 June 2013

Alamak ! Bulan 6 Dah Nak HABIS

Asalamualaikum kekawan,

Bila sebut bab jodoh, sukar untuk aku nyatakan perasaan aku ketika tu. Susah hati tidak, senang hati tidak, sedih tidak, gembira tidak, yang penting aku tak selesa ja.

Sekarang dah nak masuk bulan 7, tempoh yang abah bagi dah nak tamat, susah hati sangan bila fikir bab bf ni, memang tak susah pon pemintaan abah tu, tetapi nak cari bf tu yang sukar abah.

Harap-harap bakal kakak ipar dapat membantu, kalau bakal kakak ipar kata tahun depan, nampaknya boleh tambah tempoh pencarian bf, kalau bakal kakak ipar kata bulan 12, maka angkat bahu n kata entah tak ada… itu ja mungkin jawapan yang boleh aku bagi.

Gundah gulananya….

*************************
Semua orang kata aku memilih, aku bukan memilih, aku Cuma takut, aku pernah disakiti dan aku takut sakit lagi. Aku kagum dengan abah aku, dia lah idola calon suami, walaupon ada kekurangan dia tersendiri, tetapi aku masih kagum dengan beberapa sikapnya.

Abah seorang yang penyayang, Nampak ja dia garang, tegas tetapi dia sayangakn kami, bukan kami ja sepupu aku pon tumpang kasih sayang abah. Teringin sangat nak suami yang sayangkan aku seadanya.

Abah seorang yang setia, walaupon abah dengan mak begaduh, biasa lah rumah tangga mana tak begelora kan, tetapi abah setia dengan mak, biarpon mak gemok, dan serba kekurangan,(tak da niat nak kutuk, tetapi iklas, gemok2 pon kami saying mak kami) abah tak pernah kisah, mereka bagaikan dah diikat kemas dengan ikatan perkahwinan, itulah yang aku impikan selama ni. Seorang suami yang terima aku seadanya, dan menjaga aku sehingga kami menerima ajal kami.

Abah seorang yang penyabar, walaupon kami anak-anak selalu kutuk abah depan-depan, abah tak pernah marah, senyum ja, kadang-kadang kami balik kena kutuk dengan abah. Kan seronok dapat suami yang bleh dibuat begurau macam ni,?

Abah seorang yang rajin, tak dinafikan. Walaupon abah seorang cikgu, abah tetap usahakan sawah, getah dan kebun kami sendiri tampa upah sesiapa. Pagi petang kerja. Kan seronok kalau boleh bagi seorang menantu yang boleh bantu abah, dan sama-sama usahakan apa yang kami ada selama ni.

Abah seorang pembimbing, ini lah calon paling aku harapkan, seorang pembimbing, membimbing aku ke jalan Allah. Seperti abah, walaupon dia bukan ustaz tetapi baginya Allah adalah segalanya.

Itu yang aku nak, walaupon tak boleh menepati semua ciri-ciri tu, tetapi bagi lah aku peluang untuk mencintai dan dicintai dengan kasih sayang dan kesetiaan nya disamping membimbing aku ke jalan Allah, dengan cara kami sendiri.

***************************
aku bukan hati batu seperti mana orang sangkakan. Cuma aku tak yakin dengan diri aku sendiri. Aku dah cuba bagi peluang dekat orang, tetapi orang tak Nampak, dan tak hargai peluang yang aku cuba bagi. 

tak mudah untuk aku memberi peluang, tetapi mudah pulak untuk aku sakit. 

kasihan dekat beberapa orang ni, smpai merayu-rayu mintak ruang dalam hati aku, tetapi aku tak mampu nak bagi sebab entah aku tak pasti sama ada aku tak suka atau aku degil or memang aku tak boleh/tak selesa. bukan ja ruang, nak balas msg pon aku malas, nak angkat fon pon mcm nak tak nak ja, tambah2 dia ajak keluar terang tang2 aku tolak. keras jugak hati aku. 

tetapi ada seorang budak ni, aku dah bagi ruang, tetapi entah bila aku cuba membuka hati untuk dia, dia pulak diam kan diri. bukan apa aku rasa selesa dengan dia walaupon dalam msg or depan2. emmm tak apa mungkin dia dah temui jalan dia sendiri. 

apa pon aku cuma mampu bersyukur, berdoa dan redho dengan dugaan yang Allah tentukan untuk aku. Insyallah.

Sebenarnya Aku Pemalu, Yang Aku Mampu Adalah Pendamkan Ja Rasa Hati. 


No comments:

Post a Comment

Followers

Kawan-Kawan Google