9 May 2013

Pilih Pakaian Yang Sepadan


Laaaaaa Kenapa baju ni tak muat ?,, aku tengok mcm cantik patung tu pakai,  Nampak macam muat ja ! Menyesalnya aku beli,…

Sebegitulah yang sering fara dengar bila kawan-kawan beli barang tak fikir dulu, lepas tu menyesal…  Kasihan…. Kasihan…..

Jom ikut fara, kita pelajari macam mana memilih pakaian yang sesuai.

 1. Pastikan memilih Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum membeli pakaian, kita harus mencuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, pilihlah saiz yang sesuai dengan kita.

2. Memilih Rona warna yang sesuai
Jangan lupa pemilihan warna juga penting untuk kita. Kita harus pastikan baju yang hendak dibeli itu sesuai dengan warna kulitkita. Tapi harus diingat, baju itu adakah sesuai dipadankan dengan warna  kasut-kasut,  warna tudung  dan sebagainya. Ini bagi mengelakan pembaziran.

3. Harus meneliti jenis kain
Siapa kata jenis kain tak penting? Jika kita seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kita lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kata beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut jenis kain kita beli itu tidak sesuai akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kita berlawa-lawa sekali berbau pula! Masyammm  

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Kadang-kadang malang tidak berbau. Adakah kita perasan kalau baju atau seluar yang kata beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betaul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan baik atau sebaliknya, nanti tak pasal-pasal kita terpaksa pergi kedai itu buat dua untuk tukar baju!

5. Jangan lupa! zip mesti berfungsi dengan baik
kita juga harus memastikan zip (jika ada) itu berfungsi dengan baik atau tidak. Jangan sampai seronok mengenakan baju baru tiba-tiba berlaku pekara yang takdiingini pulak,, kan memalukan nanti !

(^_^) Selamat Mencuba !

2 comments: