Greenfarra♥: Pemilihan Pakainan Yang Sesuai

10 May 2013

Pemilihan Pakainan Yang Sesuai


Laaaaaa Kenapa baju ni tak muat ?,, aku tengok mcm cantik patung tu pakai,  Nampak macam muat ja ! Menyesalnya aku beli,…

Sebegitulah yang sering fara dengar bila kawan-kawan beli barang tak fikir dulu, lepas tu menyesal…  Kasihan…. Kasihan…..



Jom ikut fara, kita pelajari macam mana memilih pakaian yang sesuai.

 1. Pastikan memilih Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum membeli pakaian, kita harus mencuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, pilihlah saiz yang sesuai dengan kita.

2. Memilih Rona warna yang sesuai
Jangan lupa pemilihan warna juga penting untuk kita. Kita harus pastikan baju yang hendak dibeli itu sesuai dengan warna kulitkita. Tapi harus diingat, baju itu adakah sesuai dipadankan dengan warna  kasut-kasut,  warna tudung  dan sebagainya. Ini bagi mengelakan pembaziran.

3. Harus meneliti jenis kain
Siapa kata jenis kain tak penting? Jika kita seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kita lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kata beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut jenis kain kita beli itu tidak sesuai akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kita berlawa-lawa sekali berbau pula! Masyammm  

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Kadang-kadang malang tidak berbau. Adakah kita perasan kalau baju atau seluar yang kata beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betaul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan baik atau sebaliknya, nanti tak pasal-pasal kita terpaksa pergi kedai itu buat dua untuk tukar baju!

5. Jangan lupa! zip mesti berfungsi dengan baik
kita juga harus memastikan zip (jika ada) itu berfungsi dengan baik atau tidak. Jangan sampai seronok mengenakan baju baru tiba-tiba berlaku pekara yang takdiingini pulak,, kan memalukan nanti !

(^_^) Selamat Mencuba !

6 comments:

  1. senang cerita ukur baju di badan sendiri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul lah tu.... kalau ukur badan org lain.. alamatnya tak boleh lah nk pakai

      Delete
  2. Salam farah :)

    Pernah kita beli baju dah ada lubang skit,huhu.

    Masa tu, corak yg lana nak tu, tinggal satu je, saiznya yg tu jugak. So amik jela..tak tgk betul2 keadaannya..selalu lana check,tpi hritu tak check pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betoi bila kita teruja sangat dengan barang tu.. mesti kata lupa nak check kan... kalau baju tu koyak ckit ja d tempat yang boleh ditutup.. apa salahnya kita ambik,,, dah xda pilihan... tapi kita boleh tampung tempat koyak tu dengan bunga ka, butang ka apa ka biar nampak kelainan and kita boleh tutup koyak tu.. :)

      Delete
  3. kalau hulk nk pilih baju cane? :P ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu tak perlu pilih,, hulk tak pakai baju,,, nanti suruh dia pilih color ja,, mana nak tau dia nak tukar warna lain pulak ka lepas ni...

      Delete

Followers

Kawan-Kawan Google