Greenfarra♥: Hiking Taman Negara Pulau Pinang

21 May 2013

Hiking Taman Negara Pulau Pinang

BEST jugak kalau hujung-hujung minggu boleh hiking, boleh jugak tenangkan fikiran yang serabut dengan kerja ni.. Dengan suasana alam semua jadi (hutan menghijau) adalah lokasi yang fara pilih adalah Pantai Keracut, Pulau Pinang.. Fara memang sukakan suasana hutan yang mendamaikan.. boleh memberi ketenangan pada jiwa.

Pada 17 April 2013, 10 pagi Fara dan kawan-kawan telah membuat pendaftaran di Taman Negara Pulau Pinang untuk hiking ke Pantai Keracut. Masuk Taman Negara adalah percuma sahaja.


Di Taman Negara Pulau Pinang terdapat 2 laluan yang boleh kita hiking. Dari pintu masuk Taman Negara kita akan melalui Pantai Pasir Pandak dan kemudian berpecah kepada dua laluan, yang pertama laluan ke Tasik Meromiktik, Pantai Kerachut yang mengambil masa 1 jam 20 minit dengan jarak 3405miter dan Telok Kampi sejauh 4901miter lebih kurang 2 jam.



Manakala laluan kedua akan ke Sg Tukun, CEMAC/USM, Teluk Duyung/Monkey Beach dan Rumah Api. Hehehe jarak dan masa boleh rujuk peta di bawah..


Fara dan kawan-kawan memilih untuk ke Tasik meromitik dan Pantai Kerachut. Dimana memiliki keistimewaan yang tersendiri.



Tasik Meromiktik di Teluk Bahang berhampiran Pantai Kerachut mempunyai keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang. 


Tasik ni mempunyai dua lapisan air yg berbeza suhu dan ketumpatannya, air laut yg lebih berat akan berada di bawah dan air tasik/air tawar akan berada di atas. Suhu air di sebelah atas adalah sejuk dan di sebelah bawah pula, panas. 


Tetapi fenomena ini hanya terjadi pada peralihan musim monson Timur Laut (November-Mac) dan angin monson Barat Daya (Mei-September). Fenomena ini akan berlaku pada sekitar bulan April dan Mei setiap tahun. Selepas berakhir musim, tasik hanya dipenuhi dengan air tawar sahaja.

Mankala Pantai Kerachut pula memiliki pasir yang agak mendap, walaupon menyukarkan untuk berjalan, dia dapat membantu dalam menguatkan stamina badan. Di pantai ini juga merupakan tempat penyu bertelul, terutama pada bulan September.



kenangkan masa lampau,, hehehe

Selepas penat hiking, kami pulang menaiki boat dengan tambang RM100. Pengalaman ini amat bermakna walaupon memenatkan tetapi keseronokan tak dapat digambarkan. 


Setelah penat hiking, fara membawa kereka pusing padang kota pulak,, sebelum pulang ke Sg. Petani. 



The End…




4 comments:

  1. Replies
    1. hari tu tak sempat nk ajak... nanti kita buat lain

      Delete
  2. Replies
    1. best jugak,,, jom kita p hiking lain,, ada tmpat lain yg best tak ?

      Delete

Followers

Kawan-Kawan Google