28 May 2013

Hari Ulang Tahun Kelahiran... (^_^)

24 May adalah tarih dimana fara dilahirkan ke dunia, tetapi tu pada tahun 1988,,. Sekarang dah 2013, maknanya sambut ulang tahun kelahiran saja lah,,,. Selalunya fara akan sambut dengan family ja, buat masak-masak cikit jemput family terdekat datang makan-makan dan buat sedikit doa kesyukuran.. Tetapi tahun ni lain sikit, sambut dengan students, sebab daru balik lawatan dari KL.

Yang tak best sambut dengan student ni satu ja,,, Mereka ni buli fara.. Sepatutnya fara yang buli mereka, tetapi ini tak, fara yang dibuli…

****************************************

Kalau dikenangkan pengalaman sambut bezdy masa time poli dulu, perasaan tu lain ckit,, maklumlah kawan-kawan yang sambut, ada ja cara mereka nak kenakan… fara pernah jugak jadi mangsa mereka ni, maklumlah bezdy time exam, so tak sempat lah nak ingat,,, time ni lah kawan-kawan nak ambik kesempatan pon..

fara pernah kena mandi nila siap ada ais lagi,, time tu fest time sambut bezdy dengan kawan-kawan.. Mereka ajak pergi makan,lepas tu terus balik… Bila sampai ja rumah mereka suruh fara buka pintu, kebetulan time tu fara bawak kunci, jadi takda la alasan nk bagi,, jejak ja kaki kanan dalam rumah terus dimandikan… Alahai sejuk kot mandi tengah-tengah malam, air ais pulak tu. Esoknya terus demam nasib baik study week. Kalau tak terpaksa lah jawab exam dalam demam…

Ada juga sekali tu fara jadi tepung bungkus masa sambut bezdy, time tu sem akhir, paper last pulak tu. Memandangkan dah last mereka ni buat lah party sikit, konon-kononnya party pepisahan, fara pulak ikut ja tak berapa kisah, nak dijadikan mangs, time tu blackout, so fara pergi lah cari lilin. Elok ja fara nyalakan lilin, terus fara kena tepung tawar.... Nasib-nasib..

*******************************************

Tetapi bila sambut dengan students ni lain pulak,,, nak marah tak boleh, mereka ni bukan budak-budak lagi. Sedih pon ada, siap nak nangis tapi tak jadi. Terharu ni telah la, teramat sangat..

Nakal sungguh mereka ni,, time tu fara baru balik dari KL, sebagai trainer kenalah tunggu bagi semua students balik dulu baru fara balik, hehehe keselamatan students kena lah ambik berat, tetapi yang hairannya mereka ni relax ja, pukul 4 pagi dok sembang-sembang lagi macam taknak balik pulak tu,,, elok ja fara halau balik, baru lah mereka tergedek-gedek mai dekat fara konon-konon nak mintaq maaf, tetapi mereka terus baling telur,,, YaAllah… entah masa mana mereka beli telur pon fara tak tahu, mana ada org jual telur dekat R&R,, haiiiiiiii,, nasib baik 5biji ja,, kalau sorang satu habis lah frh, bayangkan 31 orang students, boleh jadi kek kukus fara dibuatnya,,

tetapi apa pon fara rasa seronok sebab dapat hadiah,, fest time dapat hadiah bezdy. Comel2 pulak tu,,, sukanya… TQ kepada MM batch 8… Muahhhh.


muaahhhh <3

4 comments:

  1. selamat hari jadi...=)
    wlupun terlmbat..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ mis,,, walaupon terlambat,, ucapan kawan2 tetap bermakna.. :)

      Delete