30 April 2013

PILIHLAH PASANGAN ANDA


Dalam kehidupan kita harus membuat pilihan,, sama ada memilih untuk menjadi lebih baik atau sebaliknya. Sama juga dengan persahabatan, kita digalakan untuk memilih sahabat yang baik agar mengajar kita menjadi insan yang baik, atau memilih sahabat yang sebaliknya yang membawa kita ke jalan yang sebaliknya..

TETAPI Kalau dalam berpasangan pulak? Apa pilihan anda?

Adakah kita hanya memilih mencintai lelaki sehebat dia atau mencintai perempuan secantik dia, tetapi adakah kita bahagia?. Ingat kita harus tawakal dalam membuat pilihan. Jangan sampai kita membutakan mata hati, ibarat “Cinta Itu Buta, Butakanlah mataku”(lirik Lagu). Kita harus bijak, dan matang dalam membuat pilihan.

KITA DIBERI DUA PILIHAN, SAMADA :

Memilih untuk Menerima

Menerimalah dengan hati yang terbuka siapa yang dipilihkan Allah untuk dijadikan pasangan kita, Terimalah kekurangan padanya sebagai pelengkap kepada kelebihan kita dan melengkapkan kekurangan kita dengan kelebihannya.

Kita dikurniakan dengan sifat kelembutan bukan batu keras dan sukar berubah. Berilah kesempatan kepada diri kita bagi memberi peluang kepada orang lain untuk menyesuaikan diri dan menerima  kita seadanya. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.

Memilih Untuk Menolak

Walaupon kita ada kuasa untuk menolak, Maka tolaklah dengan sopan, lembut dan tak kasar. Berilah alasan yang lebih  mudah diterima oleh akal sihat dan jujur. Lebih baik menolak, daripada kita dianggap main-main. 

No comments:

Post a Comment