16 April 2013

MURAH dan MUDAH

“Taknak lah bergaya-bergaya ni, mahal! aku mana mampu, kau tak apa lah dah bekerja, gaji banyak. Tak apalah nak bergaya pon. Aku kena berjimat”

Siapa kata fara bergaya guna duit banyak?. Tidak sama sekali !. Ramai orang beranggapan bergaya memerlukan wang yang banyak. Sebaliknya, ada cara untuk menghiasi diri dengan kadar yang paling sederhan, murah dan kreatif.



Hanya perlu :

1.Berbelanja ketika ada Sale !

waktu jualan murah merupakan waktu yang paling sesuai untuk membeli-belah. So time inilah kita seharusnya berbelanja mengikut kemahuan kerana ia cukup berbaloi dengan barang yang diperoleh. Ada sesetengah orang yang opses kepada jenama yang mahal, mereka akan membuat pembelian pada masa ini kerana barangan yang berjenama boleh didapati pada potongan harga yang banyak dan murah. Dengan cara ini, kita dapat mengawal perbelanjaan kita dengan bijak!

2. Pembelian Secara Online.

Zaman sekarang butik online bagaikan cendawan tumbuh di Malaysia. Mereka yang menjual barang secara online juga bijak meletakkan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang. So, apa kata kita membeli-belah secara online, kerana ia dapat membantu kita mengawal diri daripada berbelanja lebih. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa dan memudahkan kita dalam perbelanjaan.

3. Flea Market? Uptown?

 Flea market, uptown atau pasar lambak sudah menjadi trend masyarakat kita hari ini. Konsep ini amat sesuai bagi mereka yang mencari pakaian atau aksesori pada harga yang murah dan sangat berpatutan. Kebanyakan pakaian dan aksesori yang dijual sentiasa menjanjikan kelainan dan amat sesuai bagi mereka yang mementingkan bajet dalam bergaya. Jadi kita kena bijak memilih tempat untuk berbelanja.

So… Buatlah pilihan yang BIJAK ketika berbelanja.

No comments:

Post a Comment