6 April 2013

Lawatan KTM Motonational Jitra

Alahai,,, Letihnya hari ni,,,,

hari ni fara ada lawatan pelajar ke KTM Motonational dekat Jitra,,,
sepanjang perjalanan dari KISMEC nak ke Jitra kami boleh lihat pasukan tentera darat malaysia gah dengan kereta kebalnya merentasi jalan,,

kemana arah tujuan mereka fara tak tahu, tetapi boleh dikatakan mereka ini ada misi tertentu.. hehehehe bukan macam Jame Bond 007 tu ya...



tepat pukul 10.00 pagi kami sampai ke KTM Jitra, seperti yang ditetapkan. bagi fara masa itu penting. apa pon kena tepati masa. :)
Kilang KTM tu tak besar mana, tetapi best dan tidak serabut, teratur ja.

KTM Moto national Sdn. Bhd. baru sahaya dilancarkan pada Fabruari 2013 oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



Tujuan penubuhan KTM di Jitra ini adalah bagi memenuhi permintaan pasaran di Asia Tenggara disamping meningkatkan kapasiti pengeluaran antara 20% - 30% bagi memenuhi permintaan domestik. Lepas ni lagi gamai rakyat Malaysia menggunakan motosikal berkuasa tinggi dari KTM.

KTM juga telah berjaya menjual kira-kira 1,000 unit motosikal di pasaran dan penerimaan untuk jenama KTM amat menggalakan. sehubungan itu sebanyak RM30 juta tepah dilaburkan dan lebih kurang 300 peluang pekerjaan disediakan sejak KTM beroperasi.



Di KTM jitra mereka memasang model KTM 200 dan KTM 690 Duke. KTM juga meletakan sasarang untuk menjual 10,000 unit dalam tempoh setahun...

HEBAT kan.. moga-moga usaha mereka ini tercapai. lagi satu yang mengagumkan fara semua pekerja di KTM adalah bumiputra. so kalau ada yang berminat bolehlah cuba nasib untuk bekerja di sana.
apa pon memang fara berpuas hati lsepanjang lawatan itu dijalankan,, kami juga diberi peluang sendiri untuk mencuba kehebatan motosikal KTM 200.



~ ^_^ ~ menarik... 


5 comments:

  1. Replies
    1. hebat hebat hebat,,, beli lah sebijik KTM 200 Duki tu.. best....

      Delete
  2. Replies
    1. oo nak buat lawatan ka, ka nak mintaq kerja,, sat nk bg no kilang. tapi kena cari dulu lah..

      Delete
    2. Nk buat lawatan. Oh. Thanks! Klau ad tlg emel kt ftnjwa@hotmail.com ye? Tq :)

      Delete