29 April 2013

JOM LUPAKAN SI DIA !

Minggu lepas fara berkongsi tips untuk kembali tenang setelah kecewa.heheheeee macam mana dengan anda? Sudah tenang ka?..

so hari ni fara nak kongsi sedikit untuk melumakan si dia.

macam-macam ungkapan yang kita sanjung. “lautan api sanggup kurenangi”, “sebahagian diriku adalah dia”, “engkaulan cinta pertama dan terakhirku”,

Tetapi bila putus, “jahanam”, “jantan tak guna”, segalanya kita caci.. Astafirullah.

Cuba kita hilangkan wajahnya daripada hidup kita. Kosongkan minda dan hati kita daripada si dia yang pernah hadir dalam hidup kita. Anggaplah dia tidak pernah wujud dalam diri kita.. (boleh ka?)

Boleh kalau kita nak, cubalah sedaya upaya. Fara pernah cuba, memang susah tetapi mudah bila kawan-kawan selalu sokong kita dan pandulah Tips yang fara bagi sebelum ni. insyaallah boleh.

Hati kita ibarat kaca, bila dah tergores alahai susahnya nak hilangnya. Tetapi perkataan SUSAH tu yang akan membuat kita sukar untuk melupakannya. (ibarat Malaysia, Yakin Boleh Pasti Boleh) hehehee.

Susah bukan bermakna tidak boleh or sukar, tetapi kita perlu lebih banyak waktu, banyak usaha, banyak tenaga, dan banyak amalan untuk melupakannya. Biarlah air mata mengalir, ibarat mengalir kenangan bersama dia, janji kita boleh memberi ruang untuk hati kita lebih bebas.

Tidak perlu lagi kenangan masa dengan si dia dahulu, tak kira lah sesingkat mana or lama mana kita kenali dia. Hapus dan buang jauh – jauh (campak ja dalam laun, biar ikan makan). Kembalilah kita kepada Allah, kembali kita kepada tujuan awal, manjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmatnya. (fara pernah rasa jatuh hati dengan seseorang dalam tempoh yang singkat, tetapi sesingkat itu juga dia jauhkan diri dari fara, mungkin kami tidak serasi dan ada orang lain yang lebih serasi dengannya, memang agak sukar, tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,).

Yakinlah kepada Allah, mohonlah diberi petunjuk dan semangat serta kemampuan untuk melupakan si dia. Penuhilah hati dengan cinta pada Allah, maka cinta kepada Allah lebih manis daripada cinta kepada manusia (si dia).

Mungkin pada mulanya sukar untuk kita melaksanakannya. Namun ia akan hilang jua nanti. Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlu perjuangan hati, perlu kekuatan tenaga dan konsentrasi

Boleh ke tidak? 


3 comments:

  1. boleh jer nak lupa kalo apa yang kita ada ni lagi terbaik dari yang lama

    tapi makan masa juga la hehe

    ReplyDelete
  2. GK... betoi tu... tetapi sampai sekarang takda perganti yang terbaik lagi ni.... hahahhahaa i hapy dengan u all dah la... :)

    Cik Spek : jom join kami happy ja... kan GK :)

    ReplyDelete