26 April 2013

ANDA PERNAH KECEWA?


Salam semua sahabat ku….,

Alhamdulilah… fara diberi peluang sekali lagi untuk memberi serba sedikit pengalaman dan nasihat untuk dikongsikan bersama kawan-kawan… J

Bukan apa fara pon tak banyak masa,, bila diberi peluang, teringin juga fara berkongsi sedikit cara untuk kembali semula selepas kecewa.. Insyaallah, dengan beberapa nasihat ini dapat memberi membantu kita juga.


1. Membaca Surah Yassin
Mungkin salah satu sebab kenapa kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Kita makin lama makin lupa pada Al-Quran, fara pon kadang-kadang terbabas jugak. Kalau fara bulan puasa ja selalu baca tu pon tak habis. So, marilah kita kembali mengamalkan amalan ini. Insyaallah kita akan lebih tenang. Berdasarkan pengalaman fara, lepas fara rasa macam tak tenang, kecewa, sedih suruh yasin lah banyak menemani fara,, so sekarang fara rasa lebih tenang dan boleh menerima apa yang berlaku. J

2. Solat Sunat Tahajjud

Banyak kelebihan solat sunat Tahajjudni,, salah satu adalah untuk menenangkan dan menguatkan jiwa kita dalam menghadapi dugaan. Selepas solat berdoalah apa sahaja. Asalkan pemintaan kita tu yang baik-baik lah.. jangan mintak bukan-bukan pulak… no~~no~~no~~

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
Berzikirlah, Insyaallah dapat memberi terapi pada jiwa kita.. Fara pernah cuba, masa fara sedih, sakit hati, taktenteram, farah banyakan bezikir, Alhamdulilah semua jadi tenang dan gembira pulak tu… sampai sekarang fara masih lagi amalkan walaupon tengah bekerja,,, sambil-sambil buat kerja tu mulut bezikir.. pastikan zikir bukan sahaja di mulut sahaja tapi dari hati.

~ La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
~ Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Yang ini mesti semua orang buat,, bila sedih ja dengar lagu jiwang-jiwang, tak dinafikan lagi fara pon dengar jugak, kadang-kadang teringin ja pos dalam fb bagi semua tau fara sedih… he~he~he!.. so, Elakkan mendengar lagu-lagu yang mengecewakan ni ya. KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menambah kecewa di hati, ingat tu. Ibarat luka sedikit ditoreh lagi..

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ingat Ini yang paling penting sekali tau. Kita kena yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun senang atau susah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita. He loves you no matter what J

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d : 28)
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS.At -Taubah : 40)

Mungkin ini saja nasihat yang dapat fara kongsikan bersama-sama kawan fara. Ini mungkin pengelaman yang fara lakukan untuk kurangkan rasa tidak tenteram dan bangkit semula dari bersedih hati. Jika u all juga ada pengalaman or cara untuk mengatasi masalah ini bolehlah berkongsi dengan fara pada ruangan komen dibawah.

Tunggu tips seterusnya dari fara… C.U






3 comments:

  1. penawar plg mujarab mungkin masa..tp biasanya lama tu yg susah tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. kalo GK kecewa antara salah satu benda GK buat adalah tidur haha

    ReplyDelete
  3. mazzu : memang perlukan masa,, sukar tu sudah tentu... tetapi kawan-kawan boleh membantu..

    GK: kita sama lah,, frh pon tido ja bila kecewa... hehehehe

    ReplyDelete