29 December 2012

MENCANTIKAN KULIT WAJAH

Siapa yang tak nak kulit wajah yang cantik dan berseri kan?

Minggu lepas fara dah kongsi penjagaan kulit secara percuma, so hari ni fara nak kongsi pula berkaitan penjagaan wajah. Di pasaran kita boleh lihat pelbagai jenama dan jenis pencuci muka. Tetapi adakah kita mencuci muka dengan betul atau sempurna? So fikir-fikirkan.

Jangan risau fara ada tips mencuci muka dengan betul.

1) BASUH TANGAN TERLEBIH DAHULU
Sebelum mula membasuh muka, bersihkan tangan terlebih dahulu dengan sabun bagi menghilangkan kotor dan berbakteria. Tak guna kalau kita cuci muka beria-ia tetapi segala kotoran melekat pada tangan.

2) TANGGALKAN MAKE UP DENGAN MENGGUNAKAN REMOVAL
Bersihkan dahulu muka dengan menggunakan make up removal atau kapas muka, elakan daripada memakai tisu atau kain.

3) BASUH MUKA DENGAN AIR SUAM
For information, membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakan daripada menggunakan air yang terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran Kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4) CUCI MUKA DENGAN PENCUCI
Jika pencuci muka berbentuk krim, sapukan pencuci itu dengan sekata menggunakan hujung jari. Bagi yang menggunakan pencuci muka berbentuk sabun pula basahkan sabun itu dahulu dengan air kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih kemudian baru sapukan di muka.

5) BUAT URUTAN DI MUKA
Jangan ingat di spa sahaja boleh dapatkan urutan muka ? di rumah pon boleh sebenarnya! Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Jadi pastikan semasa mencuci, usap kulit muka dengan menggunakan teknik putaran. Dengan cara ini muka akan lebih berseri berbanding biasa.

6) BILAS MUKA
Setelah memanjakan wajah dengan urutan, bilas muka dengan air biasa. Jangan gunakan air yang terlalu panas, suam, atau sejuk. Kerana ia akan membuatkan kulit merasa bahang dan tidak segar. Lebih menakutkan ia akan menyebabkan kulit pedih dan kemerahan.

7) LAP MUKA MENGGUNAKAN TUALA
Pastikan muka dilapkan dengan menggunakan tuala yang bersih. AWAS! Jangan sama sekali menyental wajah. Maklum sahajalah kulit muka kita ini kan kulit yang paling nipis di anggota badan. Takut nanti terluka pula. Jadi cara yang betul kita hanya perlu tekapkan sahaja di muka dengan perlahan-lahan dan lembut. Ingat! Guna tuala yang lembut dan kering sahaja ya dan tentunya khas untuk muka sahaja!

8) SENTUHAN TERAKHIR
Akhir sekali, selepas keringkan muka, pastikan sapukan toner untuk menyegarkan kulit muka atau sapukan krim malam sebelum tidur. Nah, pasti kulit akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum ini.

(^_^) selamat mencuba di rumah.

No comments:

Post a Comment