7 September 2012

Rahsia Wanita Melalui Unsur Tanah, Air, Api, Dan Angin.

Mungkin kita pernah dengar yang kita mempunyai sifat-sifat daripada unsur alam.. tetapi adakah kita tahu unsuh-unsur dia,.. unsur-unsur alam ni Cuma ada empat ja.. Tanah, Air, Api dan Angin.
Kita dari unsur yang mana?..
Di sini ada dua cara untuk kita tahu kita dari unsur yang mana.. ada sesetengah orang mengkelasifikasi mengikut status anak ke berapa, dan ada yang mengkelasifikasi mengikut tarikh kelahiran..

Kita Tengok Mengikut Status Anak Ke Berapa..
Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
Air - kedua, Keenam, kesepuluh
Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur tanah
1. Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2. Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3. Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4. Tidak suka membantah atau membangkang.
5. Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

Wanita berunsur air
1..Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2. Mengambil berat
3. Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4. Menenangkan pasangan
5. Sangat romantis
6. Mudah menangis

Wanita berunsur api
1. Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2. Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3. Penasihat yang baik
4. Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6. Berwaspada selalu

Wanita berunsur angin
1. Lemah lembut dan menenangkan
2. Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4. Bijak mewujudkan suasana selesa.
5. Hati yang cepat berubah-ubah

Itu Mengikut Anak Ke Berapa.. Ini Plak Mengikut Tarikh Kelahiran..

Wanita unsur tanah
*Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 Apr – 20 May), Virgo (24 Aug – 23 Sept) dan Capricon (22 Dec – 20 Jan)
*Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Wanita unsur api
*Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac – 20 Apr), Leo (24 Jul – 23 Aug) dan Sagittarius (23 Nov – 21 Dec)
*Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Wanita unsur angin
*Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 May – 21 Jun), Libra (24 Sept – 23 Oct) dan Aquarius (21 Jan – 19 Feb)
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Wanita unsur air
*Wanita air dilahirkan di bawah zodiak Cancer (22 Jun – 23 Jul), Scorpio (24 Oct – 22 Nov) dan Pisces (20 Feb – 20 Mac)
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
Jika anda suka post ini sila Like, Tweet atau tinggalkan komen. Terima kasih.