20 September 2012

Kenali Personaliti Diri Kita...

ini Cuma anggaran untuk kita membantu diri kita menjadi lebih baik, jangan 100% percaya pulak, ini Cuma kajian diatas beberapa fakta yang boleh diterima pakai sahaja. Setelah pengiraan dibuat, didapati 9 kategori boleh dibahagikan mengikut tarikh kelahiran. 

Jadi tengok lah dibawah ni, tarikh kamu lahir dan baca kategori kamu.. selamat membaca.. hehehe!

*jika kamu dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.1

*jika kamu dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.2

*jika kamu dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.3

*jika kamu dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.4

*jika kamu dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.5

*jika kamu dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.6

*jika kamu dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.7

*jika kamu dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.8

*jika kamu dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb tak kisah lah dalam mana-mana bulan pon, kamu adalah no.9

kategorinya
*no.1
kamu sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. kamu ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Kamu juga seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Kamu akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang, bukan andar2 ya.. Kamu ni tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan kamu. Malah kamu juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan kamu, bahaya ni!. Kamu seorang yang kuat belanja, lebih tepat dengan boros. Pada masa hadapan kamu adalah professional dalam kerjaya yang kamu pilih. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian kamu. Yang best nya kamu mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal bagi kamu adalah no.4, 6, 8..

no.2
Tak kira apa pun, kamu ni akan disukai oleh semua orang, kerana kamu berperanankan Bulan dan semua orang sukakan bulan. Em...bagus! kamu suka bermimpi siang, so coba elakan. kamu kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi kamu perlu membuat perubahan terhadap diri kamu. kamu adalah seorang yang sukar diramal kerana kamu ni seka berubah-ubah berdasarkan masa dan keadaan. Kamu juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi kamu mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap kamu seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan kamu. Kamu juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal kamu adalah no.2, 5, 9.

no.3
kamu adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. kamu mempunyai masalah keluarga dan kamu dapat mengharungi dengan kesabaran kamu. Kamu sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja kamu pergi kamu akan dapat apa yang kamu inginkan. Daripada hari lahir kamu, kamu perlu berkerja keras untuk berjaya. kamu juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada kamu, baniknya. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya kamu suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Kamu suka akan kebebasan, pencipta di mana kamu akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal untuk kamu adalah no.6, 9.

no.4
Kamu adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin kamu akan menjauhkan orang lain daripada kamu kerana sikap dan kata-kata kamu sndiri. Kamu seorang yang bertimbang rasa dan berbakat dalam penyelidikan dan seni. ksmu akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang, jaga-jaga jangan smpai kena tipu.. Kamu kena berhati-hati dengan orang sekeliling kamu kerana kamu mudah dipengaruhi. Kawan-kawan kamu akan menghabiskan masa dan wang ringgit kamu dan dalam masa yang sama merekan akan menjauhkan diri dari kamu, so jaga-jaga.. Walau bagaimanapun kamu tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal kamu adalah no.1, 8.

no.5
kamu sangat popular dalam komuniti. kamu boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. kamu lebih cenderong dalam bidang perniagaan. Namun kamu terlalu terburu-buru. kamu adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga kamu juga akan minta bantuan kamu apabila mereka memerlukan bantuan. kamu bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan, bahaya ni.. Kamu suka perubahan dan kebebasan dan kamu juga mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata, wahhh magic show ni.. kamu mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal bagi kamu adalah no.1 , 2, 9.

no.6
Kamu dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Kamu tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup kamu saja. Kamu sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan, Bakal Ahli Perniagaan ni. Kamu seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada kamu, Jangan terlalu riak ya.. Kamu mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan kamu. Pada pandangan mereka, kamu adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pendekan cerita kamu adalah seorang yang periang. Pasangan ideal bagi kamu adalah no.1, 3, 9.

no.7
kamu mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. kamu adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian, bakal-bakal cekgu ni. kamu mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, kamu banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. kamu meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. kamu telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi kamu seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal adalah no.2.

no.8
Kamu mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami kamu. Kepakaran kamu hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. kamu juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan kamu lebih kuat dan tabah. kamu memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa kamu telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Kamu seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa kamu ke puncak kejayaan. Kamu juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal kamu adalah no.1, 4.

no.9
Kamu adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Kamu mempunyai penilaian yang sangat tajam. Kamu juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Kamu adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang kamu buat. Pada usia yang muda kamu selalu bertentangan dengan ibu bapa kamu. Tapi apabila usia kamu telah semakin meningkat kamu adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka, bagusnya,, anak sapa lah ni. Kamu sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin pada kamu. Kamu merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal kamu adalah no. 3, 5, 6.

Saya hanya mampu membantu, kamu sendiri yang dapat mengubah diri kamu sendiri.