18 September 2012

Disebalik Warna Bunga Ros

Sebenarnya, tuan empunya blog ni suka bunga,, paling suka Rose putih,, mcm romentik ja… 
Disebabkan cikFa suka bunga ros je, so hari ni cikFa nak bercerita tentang bunga ros. Bunga ros ada banyak warna. Setiap warna ada maksud yang tertentu. Perempuan selalu dikaitkan dengan bunga, seperti lagu “gadis dan Bunga”. HEHE. Jom kita tengok apa yang dikaintan warna bunga ros dgn wanita.

*BUNGA ROS MERAH.
Bermaksud cinta dan sayang. Keghairahan seseorang tu boleh terjadi dengan hanya apabila dia menerima bunga ros merah. Biasa terjadi kat pasangan pengantin baru. Kalau husband bagi ros merah, confirm melting-melting. Lepas tu satu perasaan akan wujud. Perasaan apa? Sila pergi kahwin sekarang! HAHA.
Yang penting, ros merah ni memang bermaksud diberikan kepada orang yang sangat kita sayang dan memberi maksud mendalam kat hati kita. Boleh bagi pada ibu untuk Hari Ibu.


*BUNGA ROS KUNING.
warna kuning adalah warna yang Sangat ceria? Kuning ni bermaksud keceriaan dan kehangatan. Sangat sesuai untuk kawan-kawan. Ada kawan yang nk konvo, bolehlah bagi ros kuning ni, bertambah cerialah wajah dia.. Boleh juga bagi bunga ini kepada kawan-kawan sebagai tanda sahabat. Tak ada masalah. *_*


*BUNGA ROS MERAH JAMBU @ PINK.
Bila sebut merah jambu, macam comel ja bunyi dia, ala-ala sopan dan lembut.. Ok, pernah rasa suka pada seseorang tapi tak berani nak beritahu? Pergi beli ros pink bagi kat dia.. Ros pink ni bermaksud hampir sama dengan ros merah cuma ia sopan ckit lah, tak keterlaluan. Ia lebih kepada 'admire'. Mahu tapi malu,, mcm zaman-zaman sekolah dulu, bagi surat tapi takda nama, tapi kali ni tukar bagi ros pink pulak,, hehehe


*BUNGA ROS PUTIH.
Ha, ini warna ros kesukaan cikFa sangat best. Taktau la. Dalam semua bunga, cikFa macam TERtarik dengan yang putih ni. Mungkin sebab ia bermaksud simpati dan ketulusan hati paling tepat setia. Kan kalau hari penikahan, pengantin suka kenakan baju putih? Sama la macam bunga ros putih ni. Bermaksud ketulusan hati seseorang tu terhadap kita.. emmmmm romentiknya….


*BUNGA ROS LAVENDER.
Bila sebut lavender teringat warnanya yang  pink purple tu, sungguh menarik. So, memang warna lavender ni menjadi kegilaan ramai gadis. Lavender ni membawa maksud 'Cinta Pandang Pertama'. Ha, kalau ada sesiapa yang jatuh cinta pandang pertama, boleh bagi ros warna ni.
 

*BUNGA ROS JINGGA.
Ok, ini agak bahaya. Ros jingga bermaksud 'desire' @ keinginan. Keinginan untuk bersama. Ni kira bahaya bagi yang belum berkahwin,, tetapi bagi yang dah berkahwen ini adalah satu jalan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesame suami isteri..  Kira nya kalau husband balik rumah bawak ros jingga, si isteri paham-paham lah ya


*BUNGA ROS BIRU.
Ros biru ni bermaksud ketenangan,, so kalau jmpa kawan-kawan or sesiapa shj yang tengah jiwa kacau ka, tak tenang ka, bagi ros ni, supaya dia lebih tenang.. hehehe


*BUNGA ROS WARNA WARNI.
Ini tak ada maksud. Tetapi boleh dikelasifikasikan sebagai jiwa kacau, kalau ada orang yang hadiahkan kamu bunga ros warna warni ni, harap berwaspada, sebab dia tengah jiwa kacau.. silap hari bulan kamu pon jiwa kacau.. hehehe..


KAN BEST KALAU DAPAT BUNGA,, cikFa tak pernah dapat bunga lagi,, emmm L