3 September 2012

Bagaimana Push Diri Anda Mengejar Matlamat


Saya andaikan Anda sudah ada matlamat saat anda membaca tips motivasi kali ini?

Yah, matlamat Anda itu sudah ditulis di atas kertas dan Anda sudah sedia untuk mencapainya.
Tetapi, masalah timbul sekarang adalah~~

Anda malas, kurang bertenaga, lebih banyak mendengar cakapan negatif, kurang inspirasi bahkan terfikir nak berhenti dari berusaha, lebih baik duduk diam-diam saja.

Anda terfikir nak push diri sendiri. Anda perlu PAKSA diri Anda.

Tapi bagaimana? Saya kongsikan 5 petuanya dibawah…

*~ Pertama, anggap matlamat yang Anda dah tu penting, sangat penting bagi Anda, ibarat nyawa serta maruah Anda bergantung padanya!

*~ Kedua, bajetkan masa. Bagi sesetengah orang, mereka set time limit dalam sehari, seminggu, sebulan. Untuk setiap jangka masa, tetapkan matlamat-matlamat pendek yang mesti dicapai.

*~ Ketiga, baca matlamat Anda lebih dari sepuluh kali sehari, kalau boleh setiap setengah jam dalam sehari! Ia membuat semangat Anda membara setiap kali membacanya.

*~ Keempat, lupakan perkara lain yang kurang penting, selupa yang mungkin sampai Anda tak ingat langsung. Ini termasuk berjalan-jalan tanpa membeli satu apa, berbual kosong, melebihkan hiburan dari bekerja, melebihkan rehat dari usaha.

*~ Kelima, sentiasa berfikir cara bagaimana nak mencapai matlamat tu, tanya diri apa lagi cara yang boleh Anda gunakan. Timbul saja idea, buat terus!


Fikir2kan lah.~~ dan Selamat Beralam..