14 August 2012

MODELLING.....

Prinsip modelling, maksudnya, Anda cari sesorang yang telah berjaya mencapai seperti apa yang Anda mahukan dan "tiru" cara yang telah digunakannya untuk membolehkan Anda mencapai keputusan yang sama, berjaya seperti dirinya.

Misalnya, saya letakkan di sini matlamat Anda ingin menjadi seorang pelajar cemerlang.

Pertama sekali, tetapkan bila Anda mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang, untuk apa Anda mahu jadi cemerlang dan berapa lama tempoh masa yang Anda anda peruntukkan, sebulan ke, 3 bulan ke, 6 bulan ke atau setahun?.

Selepas itu, cari maklumat mengenai pelajar-pelajar yang telah cemerlang sebelum ini. Jika Anda seorang pelajar IPT, cari seseorang yang cemerlang keputusannya. Bila dah jumpa siapa orangnya, cari dia, tanya kawan-kawan dia dan jadikan diri Anda seseorang yang igin tahu tentang dia.

Lihat dirinya, kaji perwatakannya, mind settingnya, pemikirannya, cara dia mendisiplinkan dirinya, pemikirannya dan strategi pembelajarannya. Senaraikan semua ini di satu fail khas atau folder khas untuk memudahkan Anda merujuk semula banyak kali.

Kemudian, aplikasikan semua ciri-ciri dia tu pada diri Anda, saya tahu ini perkara remeh, kerana saya menulis perkara yang Anda dah tahu dari dulu lagi. Lakukan ia langkah demi langkah.

Memang tak susah tiru orang lain yang dah berjaya, tapi ramai orang tak sanggup melakukan apa yang orang yang dah berjaya tu lakukan.

Kena banyak berkorban masa, tenaga bahkan wang ringgit untuk mencapai sesuatu tahap.

Inilah ciri-ciri utama yang membezakan Irfan Khairi dan usahawan Internet Melayu yang lain, Dr Mahathir dengan pemimpin-pemimpin yang lain, Azizi Ali dengan pakar-pakar kewangan yang lain, Alex Lim dengan perenang-perenang Malaysia yang lain dan Anthony Robbins dengan pakar-pakar pembangunan diri yang lain.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja cara ( tentunya tanpa mencederakan orang lain ) yang difikirkan boleh untuk mencapai matlamat mereka.

Teknik modelling membolehkan Anda mencapai pencapaian yang sama dengan model Anda tu dalam masa yang lebih singkat. Biasanya mereka yang dah berjaya ni melalui banyak ranjau, banyak rintangan ,kegagalan, jatuh bangun dan putus asa.

Tak ramai orang yang kental semangatnya seperti ini.

Bila Anda dah "download" pengalaman dari model Anda, secara tidak langsung anda sudah tahu kesilapan-kesilapan mereka, kegagalan yang di alami mereka, masalah yang melanda mereka dan segala apa yang tidak berpihak kepada mereka.

Apa yang Anda perlu buat, cari semua kesilapan dan kegagalan mereka ini dan simpan dalam memori Anda, supaya Anda tidak mengulangi perkara yang sama seperti mereka lalu mempercepatkan (acelerate) kadar pencapaian Anda berbanding mereka.

Kerana, Anda sudah dapat mempelajari, apa dia usaha yang benar-benar mendatangkan hasil.

Anda tak perlu lagi buat try & error seperti mereka. Jadi, jimat masa, wang dan tenaga Anda.

Untuk menjadi pekerja yang cemerlang, tiru pekerja yang mendapat anugerah cemerlang.

Untuk menjadi blogger yang cemerlang, cari beberapa orang blogger yang cemerlang, yang berjaya dan tiru gaya mereka, stail kerja mereka serta strategi mereka. Tirulah dengan cara bijak, ambil ilmu mereka dan sesuaikan ia dengan diri Anda.

Tak semua cara orang lain sesuai untuk diaplikasikan pada diri kita. Saya telah meniru beberapa orang sebelum ini, saya kaji mind setting mereka, ilmu perniagaan mereka dan ilmu kejayaan mereka, supaya saya dapat mengecap kejayaan seperti mereka. Bila, itu bergantung sepenuhnya pada kerajinan saya.

Anda perlu bekerja keras diperingkat permulaan. Kemudian, Anda juga perlu "berperang" dengan diri sendiri, iaitu mengawal pemikiran agar sentiasa positif, mengelak dari berfikir yang negatif dan yang buruk-buruk serta melatih diri untuk menjadi yang terbaik.

Bagi saya, ini cabaran yang paling hebat. Bak kata-kata dalam iklan filem Spiderman 3, 'the great battle lies within' .. musuh kita yang paling utama adalah diri sendiri kerana kita berperang dengan rasa malas, bertangguh dan merasakan diri tak setanding dengan pencapaian orang lain yang mereka ada.

Anda mampu untuk membangunkan kecemerlangan dalam diri Anda. Memang boleh, cuma perlu bermula untuk cari model kejayaan Anda, pilih satu dan tiru dia.

Bila mahu memulakannya, itu terpulang pada Anda. Tetapkan matlamat hari ini juga.

Terlebih dahulu, tanya diri Anda..

Apa impian Anda sebenarnya?.. ambil kertas dan tuliskannya sekarang, itulah langkah permulaannya.