16 August 2012

LET GO ~~~.

Kali ini saya akan berkata teknik berterima kasih, teknik bersyukur dan belajar menjadi seorang pemaaf. Saya juga akan menyentuh sedikit tentang teknik LET GO.

Pertama sekali, untuk mengurangkan beban masalah dan stres yang melanda, latih diri Anda untuk berterima kasih. Maksudnya, berterima kasih pada alam semesta (Universe) kerana memberi Anda idea penyelesaian kepada masalah tu.

Latih minda Anda untuk menumpu fikiran pada penyesaian (solution) dan bukannya asyik memikir masalah + asyik memikir stress. Dalam Law Of Attraction, apa yang kita selalu fikirkan, akan menarik fikiran yang serupa yang situasi-situasi yang serupa dengan yang kita fikirkan.

Jadi, jika kita asyik fikir masalah dan asyik fikir diri kita yang stress, makin banyaklah masalah yang akan timbul dan makin banyak situasi yang membuatkan Anda bertambah stress.
Fokus pada penyelesaian dan fokus juga pada cara untuk kurangkan masalah tu step-by-step.

Berita baik, masalah dan stress takkan kekal. Tanya diri Anda, apa yang boleh Anda buat untuk menyelesaikan masalah itu dan bila Anda mahu selesaikannya. Latih diri untuk banyak bertanya,bertanya dan bertanya.

Wujudkan pertanyaan itu dalam minda dan minda Akan menemukan Anda dengan situasi-situasi, orang perseorangan mahupun menimbulkan idea secara tiba-tiba untuk Anda menyelesaikan masalah tu.

Saya berikan contoh soalannya di sini:

Apa yang aku boleh buat sekarang untuk selesaikan masalah ni?

Dimana aku boleh bermula?

Apa sumber-sumber yang aku ada?

Dengan cara apa aku boleh kurangkan masalah aku ni?

Pada siapa aku boleh minda pendapat dan sokongan?

Apa yang bagusnya tentang masalah ni?

Apa motivasi yang ada dalam masalah ni?

Dalam menyelesaikan masalah aku ni, apa lagi yang belum sempurna?


Kemudian, ucapkan terima kasih pada yang Maha Esa dan alam semesta (Universe) kerana memberikan Anda penyelesaian pada masalah tu. Ucap sebanyak mungkin dalam sehari. Biar rasa syukur dan terima kasih tu meresap sedalam-dalamnya pada diri Anda.

Saya tahu, mungkin penyelesaian tu tidak muncul sekarang, tapi... be consistent kerana ia akan muncul di masa akan datang, mungkin juga selepas itu.

Lebih banyak Anda berterima kasih, lebih banyak penyelesaian yang akan timbul dan lebih banyak bantuan yang akan muncul. Latih diri Anda untuk berterima kasih pada semua orang, semua keadaan dan pada semua situasi bagaikan Anda terhutang nyawa dengan mereka.

Kemudian, latih diri untuk LET GO.

Maksudnya, dengan LET GO, biarkan ia.. dengan ini Anda membenarkan minda bawah sedar menjalankan tugasnya. Bertenang, relaks dan jangan terlalu memaksa minda bawah sedar Anda.

Jangan pula terlalu mengharap penyelesaian untuk cepat timbul, ia menampakkan Anda seorang yang tidak tahu bersabar. Jika Anda terus berkelakuan begini, minda bawah sedar takkan membantu Anda dan segala apa yang Anda usahakan tidak mendatangkan hasil sebab Anda menekannya. Tunggu saja.

Biarkan ia berlaku dengan sendiri. Itulah yang saya maksudkan dengan LET GO. Let it be natural.

Setelah itu, sediakan pen dan buku nota kecil untuk di bawa ke mana-mana. Pergilah berjalan-jalan, ambil angin mahupun melihat-lihat keadaan sekeliling dengan santai. Idea akan timbul di mana-mana, bila-bila masa.

Peluang akan muncul tiba-tiba, itu sebab perlu ada pen dan buku nota kecil. Tuliskan idea penyelesaian yang timbul dari minda Anda.

Lagi satu, latih diri Anda untuk jadi seorang pemaaf. Takde gunanya jadi seorang yang panas baran, pemanas, kuat melenting, egoistik, memandang rendah orang lain, meluat dengan kejayaan orang lain, asyik tak berpuas hati dan tak ambil peduli ngan orang lain. Itu takkan membantu.

Mengapa? Sebab Anda takkan dapat menjadi seorang yang bersyukur.

Jika begitu, lebih banyak masalah yang akan timbul satu persatu dan lebih banyak tekanan yang akan berlaku pada diri Anda, tanpa henti dan takkan pernah berhenti.

Kemudian, Anda takkan jadi orang cemerlang dan takkan dapat mencapai apa saja matlamat yang Anda impikan. Bahkan, ilmu minda bagaikan satu perkara seumpama mimpi siang hari, dirasakan mustahil, merepek dan buang masa.

Simple, tapi ramai orang lupa. Sudah menjadi tugas saya untuk mengingatkan Anda.

Cuba lihat pada orang yang cepat marah dan yang ego. Orang sebegini hidupnya tak pernah lari dari masalah.

Dia susah nak maafkan kesalahan orang lain, dengan itu dia susah untuk menerima hakikat masalah yang menimpa dirinya, bahkan dia menyalahkan alam semesta (Universe) kerana memberikan masalah pada dirinya malahan menganggap masalah tu kekal.

Sebelum Anda tidur, luangkan masa beberapa minit untuk memberi kemaafan buat semua orang.

Tutup mata dan bayangkan wajah-wajah yang menyakitkan hati Anda pada hari ini mahupun yang lepas-lepas.

Maafkan mereka. Maafkan dengan sepenuh hati. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam jauh ke dalam diri anda, sedalam yang mungkin dan lafazkan kata-kata maaf seikhlas yang mungkin dengan nada berbisik.

Lakukan ini seberapa banyak yang mungkin setiap kali mahu tidur.

Selepas itu Anda akan terasa lebih "ringan".

Tak percaya? Cubalah.. ini apa yang selalu saya lakukan. Ia dapat membantu Anda menjadi lebih cemerlang dalam mengawal emosi.

Ia terasa agak sukar diperingkat permulaan, jangan paksa diri, biarlah ia lahir dari hati Anda bukannya dibuat-buat. Jujurlah pada diri sendiri.

Jika ada terasa perubahan pada diri Anda, beritahu saya tentang perubahan itu, saya amat gembira untuk mendengarnya. Hantarkan ia melalui email ke shueqry@gmail.com.

Dengan bijak mengawal emosi, diri Anda akan dipacu oleh minda ke arah kecemerlangan.

Berubahlah menjadi seorang yang selalu berterima kasih, selalu bersyukur dan jadilah seorang yang pemaaf mulai sekarang, kerana ini adalah sifat orang-orang yang cemerlang.