16 August 2012

Jom Berubah ~~~~

Kali ini saya berkata tentang perubahan diri. Sedar atau tidak, setiap masa kita berubah seiring dengan masa dan perubahan keadaan. Untuk apa kita berubah?

Sebab, perubahan adalah asas bagi Anda untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang. Ramai motivator lain menitiberatkan tentang pentingnya berfikiran positif.

Tapi, hanya berfikir positif saja tak cukup dan tak berapa menjadi sebenarnya!

Anda dan saya ada impian masing-masing. Saya percaya bahawa dalam hidup ni kita mahu menjadi seorang yang special dan lain dari yang lain.

Kita mengimpikan rumah yang besar, kereta idaman yang besar dan pasangan hidup ( yang besar? .. owh Shueqry, awak bergurau!) .

Tapi, ramai orang melupakan impian mereka bila berhadapan dengan cabaran. Ya, cabaran hebat yang membuatkan mereka give-up, tak nak berusaha lagi dan lost control.

Last-last, impian hanyalah satu impian. Kata mereka..

"Biarlah saya tak dapat rumah besar, rumah sekarang yang ni pun dah cukup"

"Biarlah saya tak dapat pakai BMW, kereta Proton Saga ni pun dah ok"..

"Biarlah saya tak jadi jutawan, cukupla dengan gaji yang sedia ada. Buat apa nak susah-susah, semua dah cukup"

Maknanya anda tak mahu berubah. Anda terlupa, bahawa anda dan saya boleh merubah semua ini dengan mula merubah mindset kita. Inilah dia kuasa yang saya katakan tadi.

Jadi, kalau Anda lupa, menjadi tugas saya untuk memperingatkan Anda. Dalam diri anda dan saya, kuasa ni memang wujud. Bangunkan ia dna gunakan untuk mencipta keajaiban diri.

Serap tabiat berfikiran positif sebagai asas.
Bersangka Baiklah Dengan Semua Orang Dalam Apa Jua Keadaan.

Katakan pada diri, walau apa jua yang berlaku, anda tetap mahu mencapai matlamat anda. Tuliskan ia setiap hari atau lafazkan dengan kuat bila anda berseorangan.

Kenali diri anda terlebih dahulu, kekurangan dan kelebihannya lalu manipulasikan kuasa minda untuk mencapai apa saja yang Anda mahu. Sudah tentu, semua bermula dengan fikiran positif.

Tapi, seperti tadi, itu masih belum cukup untuk mula merubah hidup anda.

Anda mesti ada strategi, satu langkah perancangan step-by-step untuk merubah cara anda berfikir dan sebagai "skrip" untuk mencapai matlamat anda.

Jika anda merasa tidak puas hati dengan hdup anda sekarang, mulakan perubahan.

Jika anda sedang dalam proses perubahan, buat penilaian. Adakah matlamat anda masih jauh? Nilai semula "skrip" anda.

Sediakan backup-plan, Plan A dan Plan B, dan senaraikan apa lagi strategi yang dirasakan perlu untuk mencapai matlamat tu.

Bertindak. Kalau masih tak menjadi, ubah strategi. Cuba lagi..

Jika masih juga tak menjadi, nilai semula strategi itu. Adaptasi cara yang baru dan mulakan strategi baru. Sedia untuk berubah dari semasa ke semasa.

Bagi saya sebagai seorang usahawan, matlamat saya adalah untuk mencapai target kewangan yang saya mahukan. Oleh itu, saya akan guna beberapa strategi yang telah saya rancang dan beberapa cara promosi supaya produk saya laku dan untung pun masyuk.

Strategi saya berbeza dan sering berubah-ubah mengikut trend pasaran dan permintaan.

Jika anda seorang pelajar, matlamat Anda adalah untuk skor di dalam peperiksaan dan mencapai keputusan cemerlang. Oleh itu, gunakan apa saja teknik belajar supaya Anda boleh menyekor dalam setiap ujian, dan setiap peperiksaan semester.

Teknik belajar tu la yang saya namakan strategi. Jika anda seorang pekerja, tetapkan matlamat untuk mencapai tahap kewangan yang anda mahukan atau jawatan yang Anda mahu pegang 3 tahun dari sekarang.

Selepas itu, dengan suasana santai, senaraikan apa jua cara halal yang anda rasa boleh diguna untuk mencapai matlamat itu, (Bodek bos? ermmp, lupakan saja jika itu salah satu strategi Anda).. mungkin dengan menjaga disiplin diri, menitikberatkan kekemasan kerja dan be profesional setiap masa.

Jadi, untuk menggenggam kejayaan, sedia untuk berubah bila-bila masa, di mana jua.

Untuk berubah, anda perlu setkan minda untuk sedia berubah.

Lihat pada kejayaan orang lain.

Tidakkah anda mahu jadi seperti mereka?

Mulalah merubah diri anda, kerjaya anda dan kewangan anda anda hari ini juga.