15 August 2012

5 Langkah Ke Arah KEJAYAAN ~~

1. Set Matlamat
~ Ambil satu kertas kosong dan tuliskan matlamat Anda di sana. Tetapkan berapa lama tempoh masanya dan fikirkan untuk apa Anda mahu mencapai matlamat tu, adakah semata-mata mahu kan duit untuk diri sendiri, untuk bantu keluarga atau didorong oleh minat.
~ Selepas tu, fikirkan bila matlamat itu tercapai, tanya diri apa lagi matlamat Anda yang seterusnya. Kejayaan bukan satu titik, tetapi ia adalah perjalanan yang tak berpenghujung. Fokus pada matlamat yang pertama dulu.

2. Mulakan Langkah Pertama

~ Masih lagi di kertas tadi. Tuliskan di sana bagaimana anda mahu mencapai matlamat tu, apa yang perlu dibuat, di mana nak mula dan apa lagi strategi yang anda boleh buat untuk mencapainya.
~ Tulis satu persatu strategi Anda. Cari ilmu yang berkaitan dengan cara membaca dan bertanya.
~ Lepas tu, laksanakan strategi satu persatu. Letakkan prioriti, mana satu yang lebih penting untuk dibuat terlebih dulu.

3. Komitmen

~ Ambil cermin, atau dapatkan cermin. Kalau boleh, yang agak besar. Berdiri mengadap wajah anda selama 10 minit.
~ Tatap wajah Anda. Kemudian, katakan.."Mulai saat ini, aku komited untuk mencapai matlamatku, walau dengan apa cara halal sekalipun!"
~ atau.. tunjuk wajah Anda tu sambil menatapnya lama-lama.. katakan "Kau, hei kau! Kau boleh mencapai apa saja yang kau mahukan! Apa saja!" Ucapkan dengan semangat berkobar-kobar bagaikan Anda bercakap dengan seseorang.
~ Ucap dengan bersemangat. Genggam tangan yang sebelah lagi dan kalau boleh ulangkan kata-kata tadi semula dengan kuat.
~ Pastikan ia tidak menggangu orang lain. Lakukan cara ini untuk menaikkan semangat Anda bila Anda dah takde semangat langsung
 
4. Konsisten
~ Bila Anda sudah bermula, jangan putus asa selagi matlamat itu tak tercapai. Dont quit dan jangan cepat mengalah.
~ Jika Anda GAGAL, fahamilah anda belum gagal, cuma telah menemui cara yang salah. Anda telah diberi pilihan untuk mencuba lagi.
~ Cuba lagi, lagi dan lagi (aik, Shueq... dah macam iklan bateri Eveready je bunyinya tu )
~ Teruskan berusaha mencuba untuk cari cara yang betul. Ubah strategi jika strategi yang sekarang ini tidak memberikan kesan. Orang-orang yang cemerlang, tidak berputus asa, tetapi mereka terus merubah strategi jika halangan melanda.
~ Anda adalah kapten kapal, dan Minda adalah ibarat anak-anak buah kapal Anda dibawah sana. Mereka amat setia dan setia yang ada pada mereka tak berbelah bagi. Kemana anda mahu berjalan, mereka akan mengikut arahan Anda.
~ Bahkan mereka bekerja keras untuk sampai ke sana. Oleh sebab mereka dibaahgian bawah kapal, mereka tak nampak ke mana mahu dituju.
~ Tapi sebagai anak kapal, mereka tetap berdayung, berdayung dan terus berdayung untuk menggerakkan kapal itu. Kapal, diumpamakan sebagai DIRI Anda.

5. Beri Hadiah

~ Hidup perlu seimbang. Kita ini manusia yang ada hati dan perasaan dan bersifat biologis. Jika Anda telah sedaya upaya mencapai matlamat yang dimahukan dan ia telah berjaya direalisasikan,seharusnya Anda beri hadiah pada diri sendiri.
~ Hadiah tu mungkin tidur yang lena, Pizza yang enak, Ayam Goreng yang rangup atau senyuman manis kekasih hati Anda. Anda berhak untuk mendapat hadiah ni semua setelah penat bekerja keras. Beri hadiah pada diri sendiri.
~ Baca dua perenggan akhir ini betul-betul.. kalau boleh, ulang baca..
~ Ingat! Walau apapun rintangan yang melanda, apa jua halangan, cubaan dan permasalahan, Anda dan Saya sentiasa ada DUA PILIHAN.
~ Sama ada, kita memilih untuk berhenti mencuba lagi atau, kita memilih untuk jalan terus menuju matlamat kita yang sedang menuggu di hujung sana.