17 February 2011

Projek Akhirku

Semenjak, dua tiga menjak ni, fara sibok sangat,, maklumlah Student baru masuk....
sebut pasai student ni,, teringat pulak fara time jadi student dulu,, thn 2009 bulan may tarikh 23 kot..

bayangkan ***********

kami kena sediakan produk yang tiada dipasaran dan cuba untuk membangunkan dalam pasaran… emmmm macam mana tu… pening kan?… 


Masa sem 5 fara pening dengan nk buat research berkaitan produk kami,,, tapi sebelum tu kena buat paper work dulu,,, emmmm sebut pasai kerja group, part fara mesti akaun.. maklumlah hanti kira-kira.. bab nak kelentong no 1,,, nasib baik kertas kerja sekali buat dah diterima,,, hayoooooo,,,, 

Dalam dok gembira tu ada jugak yang tak gembiranya, soalan untuk kaji selidik tu pon 4,5 kali jugak lah kena gubal,, mengalah pengubal soalan exam pula… ,,, 


Apa pon Alhamdulilah, semua reaches berjalan lancar.. semua pelajar dan penduduk memberi respond yang baik,,, 

Masuk ja sem 6 kami kena hasilkan produk yang kami jalankan tu,,, alamatnya memeningkan dan merumitkan,,, ye lah nak kena siapkan labels jenama, nak siapkan packaging, nak kena cari pasaran, pelanggan, belanjawan, keuntungan, bentuk iklan jenis iklan,, ehhh macam2 lah… nanti nak kena presentation. 

Sari sebelum presentation, sorang-sorang macam lipas kudung, tak senang duduk dibuatnya,, bedebar kot, kalau menang kami akan masuk ke pameran jubli perak POLIMAS.. 


 

Dari pagi sampai kemalam kami buat persiapan,, dah macam nak menyambut menteri ja,, tapi meriah jugak, boleh erat silaturahim,,, kalau nak cari suasana macam ni mesti takda dah, sekali seumur hidup. 

 

 

Tengoklah mana nk boleh jumpa perangai macam ni dah,,, sekali jadi ja,,, masuk umur baru takda dah la perangai macam ni lagi,,, hehehee…. 

Akhirnya tibalah hari yang dinantikan . persembahan akhir produk usahawan IKS,, hehehe gementarnya aku rasa,,, tengok lah group aku ni, baca doa kalau boleh takmau masuk jubli perak, kami nak jual produk semperna hari usahawan… 

 
Baik kan kami.

 


Tengok group-group lain, ada yang buat perkhidmatan urutan tradisional/reflexology, perkhidmatan homestay, minuman kesihatan bananakurma, fish o bon, mafin/cup kek , and produk kami produk IKS berasaskan ikan keli,,, 

 

Yang best tu produk kami laris dipasaaran,, hari tu saja produk tu habis dijual,, terpaksalah kami sediakan bekalan baru untuk keusahawanan. 

Apa pon pengalaman ni yang manis sekali,, dah takda pengalaman macam ni sekarang,,, my friends the best.. muaaahh <3